Warung Kendi ni kami dah pergi beberapa kali dan pernah saya buat post juga kat sini. Bila dah lama tak pergi jadi kali ni kami pergi lagi. Masa ni tak ramai sangat orang kat sini. Kadang-kadang sampai tempat duduk pun penuh. Ok sila abaikan tudung saya yang senget. Boleh tak perasan masa wefie. Haha.
Masa ni makanan dah tiba saya minta suami dan Dania pose dulu haha.
Ok...jangan makan dulu ummi nak ambik gambar. Ni order suami saya. Ada roti, sausages, telur hancur dan kacang. Ada jem juga disediakan.
Asal datang sini, saya dan Dania akan order ni. Kendi Breakfast Special. Ada pancake with honey, sausages, telur hancur, hash browns dan kacang merah ni.
Selesai breakfast semua datang la seseorang ke meja kami. Rupanya salah seorang tukang masak kat Warung Kendi ni. Dia bawa Bruchetta untuk kami cuba sebab katanya akan diperkenalkan dalam menu mereka tak lama lagi. Rasnaya macam bagi try kat keluarga kami je. Beliau suruh kami rasa dan komennya boleh sampaikan kat cashier.
Inilah rupa bruchetta. Saya siap google lagi nak tengok apakah resipi Bruchetta ni supaya saya dapat gambaran serba sedikit apa bahan2nya. Bila makan ada rasa satu rasa yang kuat tau. Dalam resipi yang saya google ada disebut daun basil atau daun selasih. Daun ni memberi satu rasa yang kuat ala ala daun ketumbar. Menyengat kan?. Daun basil ni selalu saya masak Pad Kra Pou saya akan letak daun ni kat ayam. Lama tak masak ni....
Jadi....kalau ada yang tak suka daun yang kuat ni memang tak suka la bruchetta ni. Dania memang tak suka basil. Bila makan bruchetta ni dia tak suka. Pilih2 je makan tomato dengan roti je. Oh ya bahan-bahan ni diletak di atas roti perancis yang keras tu. Ada juga rasa macam daging nipis.
Bagi saya bruchetta ni menarik sebab warna dari buah tomato tu menyerlah. Agaknya lagi kick kalau letak sos cili atas ni. Baru la sedap saya rasa.
Ni resipi Bruchetta yang saya google :
1 loaf French bread, cut into 1/4-inch slices
1 tablespoon extra-virgin olive oil
8 roma (plum) tomatoes, diced
⅓ cup chopped fresh basil
1 ounce Parmesan cheese, freshly grated
2 cloves garlic, minced
1 tablespoon good quality balsamic vinegar
2 teaspoons extra-virgin olive oil
¼ teaspoon kosher salt
¼ teaspoon freshly ground black pepper
Akhirnya saya bagi komen kat cashier masa nak bayar tu saya kata rasanya agak menyengat macam makan ala ala daun ketumbar. Mungkin boleh kurangkan daun basil atau tukarkan daun basil kepada daun lain macam sup ke. Eh eh tapi resipi asli guna daun basil (selasih). Tak semua orang suka daun yang berbau kuat. Anak saya tak suka. Bruchetta ni kami tak payah bayar.
Kadang-kadang resipi dari negara lain ni nak juga kena olah agar tekak orang kita boleh menerimanya. Haaa sesekali jadi food tester tu. Nanti tukang masak tu kena bagi orang lain rasa pulak. Mungkin orang lain suka. Mana la tahu kan.....
XOXO,
Ezna