Selain daripada suka test kereta baharu di pasaran, ni juga family kami suka. Iaitu tengok rumah baharu di pasaran. Kiranya tengok kawasan, tengok rumah contoh. Ada kawan suami buat....dia jual rumah lama dan beli cash rumah yang baru. Rumah lama dah tentu harganya makin naik kan. Katanya nak bebas hutang rumah jadi bila bersara nanti tak fikir dah pasal nak bayar rumah. Rumah yang paling tinggi hutangnya compare dengan kereta.
Kali ni kami ke area Cyberjaya. Pemaju perumahan ni PKNS.
Ni bukaan hadapan rumah. Agak besar juga. Saya agak kalau kereta kecil boleh muat 3 buah kereta.
Dania kat salah satu bilik ruang atas. Atas ada 3 bilik. Bilik ni dan bilik sebelah sama besar dan masing2 ada bilik air sendiri.
Ni pula bilik sebelah.
Ni kat ruang atas. Disebabkan siling tinggi, boleh buat platform ni kat loteng. Kat rumah contoh ni dia buat ruang bekerja kat atas ni. Unik juga kan cumanya tangga ni agak curam. Saya gayat nak panjat atas ni.
Ni kat master bedroom. Luas sangat.
Ni ruang nak pergi tandas. Ada walk in wardrobe pula.
Tandas dia dah siap buat macam ni. Ada 2 singki juga. Kalau gini, satu suami punya, satu singki isteri punya. Haha.
Ni la ruang rehat family bahagian atas dari view tepi.
Boleh nampak kat sini tangga ni siap bahagian tepi railing tu dari cermin dan tangganya dilapisi kayu laminate.
Ni bahagian bawah. Hujung sana ada bar counter dan tepi tu diletak meja makan. Dapur basah pula di bahagian belakang. Rumah ni bukaannya habis dah takde tanah jadi tak payah dah nak buat renovasi nak besarkan rumah. Memang luas sangat kalau masuk rumah ni.
Kat sebelah show unit yang dihiasi perabot pun ada show unit yang kosong. Ni master bedroom.
Tadi kita masuk rumah yang ada sentuhan interior designer kan. Rumah ni memang dibiarkan kosong. Jadi kalau beli unit ni memang exactly macam ni la yang kita dapat. Lantai pun laminate kayu. Ha tandasnya pun memang dah siap design macam ni. Macam hotel pulak saya rasa.
Pintu dia memang tebal. Setiap pintu dalam rumah ni memang semuanya jenis tebal. Kat bawah memang ada pintu yang luas dan sliding door.
Lepas tu saje la nak tengok promo rumah PKNS kat PKNS Bangi ni haa....
Ni lah rumah yang kami tengok tadi. Ada 2 tingkat dan 3 tingkat. 3 tingkat ni semua corner atau end lot.
Unit ni pun cantik tapi terletak di Rawang.
Close up model rumah yang kami tengok tadi.
Berdekatan dengan pameran perumahan PKNS juga ada pempamer kasut dan jualan tiket konsert Rock orang lama macam Mus May, Ramli Sarip etc.
Ada juga kasut legend ni Fung Keong. Sebenarnya saya tak pernah dengar. Suami kata dia pernah pakai masa zaman sekolah dulu dulu. Macam dah stop production dan kini kembali lagi. Harga limited edition ni RM150 tak silap saya. Hanya ada 500 unit sahaja yang dijual. Bentuknya seakan-akan Converse.
Siapa yang pernah pakai kasut Fung Keong?.
The Legend is back katanya.
Ni kat parking kereta ni ada jual cendol. Cendol ni sangat pelik sebab semata-mata ais + cendol. Kacang @ jagung kalau nak tambah kena add on RM1. Ni first time saya makan cendol kosong macam ni. 😆. Gambar pun blur semacam sebab cuaca sangat panas.
Ezna