Balik ajer IOI City Mall selepas mengundi tu, rehat dulu. Lepas Zohor baru la sinsing lengan nak memasak. Itu pun terasa macam nak masak tomyam je sebab nak habiskan stok lala. Kalau biarkan lama2 takut tak fresh nanti kan....
Dania tolong la ummi masak. Potong-potong pucuk jagung, asingkan bahagian tengah daun limau purut, belah dua cili api. Letak 7 biji cili api tu. Nak bagi pedas sikit. Potong bunga kobis, buah tomato, daun ketumbar, cili merah, serai. cendawan butang. Lauk utama dalam tomyam ni lala dan udang.
Saya guna paste Tom Yum Kung Thai tu. Kalau masak sendiri, banyak la isi kita letak kan. Paste tu nak kena sesuaikan dengan air juga takut tak rasa je nanti paste tu.
Last sekali baru masukkan cendawan butang sebab tak nak bagi lembik sangat. Ok terlupa nak masukkan lobak merah pulak. Ada beli tapi terlupa langsung pasal lobak merah.
Dah siap hidang baru masukkan buah tomato ke dalam tomyam. Saya suka buah tomato ni takde la lembik sangat bila makan. Bila makan, eh eh tak pedas langsung. Cili api 7 biji dalam ni tak rasa pun. 😅

Pair kan pula dengan telur dadar yang saya letakkan buah tomato, cili merah dan bawang. Perasakan dengan garam dan lada putih. Kami ni peminat bawang jadi selalunya bawang tu memang banyak juga dalam masakan.
Ok dah siap....
You alls suka ke makan tomyam?. Ikutkan nak masak tomyam putih tapi Dania kata tak kisah kalau masak tomyam merah pun.
XOXO,
Ezna