Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Pengalaman mendebarkan ketinggalan flight di Gold Coast 16 Feb 2013

$
0
0
Tajuk je pun dah mendebarkan. Inikan pula me yang menempuhnya. Ok...di pagi yang indah, semua bangun awal dan check out awal then hubby type kat GPS Airport Parking. Akhirnya parking yang dimaksudkan adalah tempat parking untuk mereka yang nak tinggalkan kereta dan terus naik flight. Jauh dari airport rupanya. Kami sebenarnya nak parking betul2 depan airport kat tempat Rental Car Bay. 




Kat depan airport ni le parking untuk kereta yang disewa. Dari tempat parking yang sebelum tu yang kami silap tu nak ke airport adalah 3km.


Tiba kat counter Air Asia, baru ajer tutup counternya. Ok....me dah teramat cuak. Lepas tu lepak2 dulu kat airport sebelum mencari solution.  Buntu dibuatnya. Nak nak kena beli tiket baru :-(

Akhirnya kami bercadang nak ke Brisbane Airport kerana di sana banyak seleksi flight. Kami menaiki bas. Tambang bas untuk 3 orang ni AUD 18. Bas akan membawa kami ke Robina Station iaitu stesyen keretapi. Takde bas direct ke Brisbane dari Gold Coast Airport. Walaupun mood takde nak ambik gambar sebab perasaan bercampur baur, akhirnya me ambik jugak gambar sebab nak buat kenang kenangankan. Tambang 2 dewasa dan 1 kanak2 ke Airport sehala ialah AUD 78. Bayangkan rate yang sangat mencekik tu. Convert duit Malaysia x ler 3.2. 

Kalau nak naik teksi terus ke Brisbane Airport harganya ialah AUD200++.


Banyak station yang train ni berhenti sehinggalah ke Brisbane Airport. Train ni sangat selesa dan bersih. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kalau naik kereta 45 minit ajer.


Ok dah tiba dah Brisbane International Airport. Actually ada seorang mamat ni me jumpa kat Airport Gold Coast pun naik train yang sama siap pesan kat kami you guys would be ok because I'm off at the next station. Airport is about 15 minutes. So mamat tu turun awal dari kami. How thoughtful of him kan. Cuak jugak kami kan. Maklumlah kat negara orang lak tu. Kena tinggal flight some more....



Cari office MAS tutup la pulak sebab hari ni Sabtu. Masa tiba pun dalam pukul 2pm.


Hati berbunga-bunga kat Flight Center ni cos boleh beli ticket MAS tapi.......rate yang sangat mahal iaitu AUD 2000++ dalam RM6000++. OMG....gila mencekik mak datuk.


Budak ni jugak yang tersenyum happy yek. Siap memain lagi dengan Nintendo bagai.


Ni le tempat berkomunikasi dengan adik di Malaysia. Dah la kena bayar AUD 2 untuk 15 minit ajer. Cuak jugak nak tunggu balasan email dari adik. Kebetulan tempat ni betul2 dekat ajer ngan prayer room. Prayer room kat sini untuk semua agama yek. Kiblat dan sejadah memang ada disediakan di dalam prayer room.


Akhirnya alhamdulilah, syukur kepada mu ya allah kerana dengan izinNYA kami semua dapat pulang ke Malaysia malam ni juga dengan menaiki MAS pukul 11.50 malam. Alhamdulilah. Memang beban yang berat hilang begitu sahaja. Tiket yang baru dibeli dengan AUD 1,670.83. Beli online boleh save banyak tapi ada cut off time sebelum departure time tau. Dah selesai baru la me boleh menguntum senyuman. In between kami makan roti dengan scramble egg yang me masak pagi tadi. Sampai habis 1 buku roti dibuatnya. So memang makan roti je ek. Me sebab susah hati roti sekeping me telan rasa cam makan batu kat kerongkong tu.


Prayer room ni nampaknya kami anak beranak je yang guna. Tapi bilik ni campur lelaki dan perempuan yek. Ada CCTV lagi tu.



Ada tempat makan-makan kat sini. 


Ni kat dalam departure hall. Tempat duduk kat sini ada tiang lampu lagi haa.....selesa nampaknya. 
 

Kami tak merasa ngopi kat sini. Cuma beli ajer mineral water kat sini. Nak beli chocolate pun takde pulak tanda halal so kami tak beli lah...


Sand yang berukir seperti dolphin :-)

  
Lama dah tunggu flight tiba kol 11.50 malam, Dania tidur dulu. Kesian anak ummi dari petang lagi dah dok kat airport. Tak merungut lapar ke apa. Dania macam faham situasi ummi dan ayah yek.


Naik je MAS, ada pramugari yang comel ini. Iman Balqis namanya.

  
Lepas ajer take off dan flight stabil, hidangan snek disediakan. Roti ayam ni sedap la. Ada satu bekas tomato juga. Ishhh tak kena dengan tekak me kalau nak dip roti ni kan. 


Masa dekat-dekat nak mendarat ada breakfast pulak. Me kena gerak dek Iman Balqis. Hehehe. Tertidur yang amat nyenyak. Penat gamaknya sebab adegan airmata kat airport dan penat menunggu lama kat airport. 

Me cakap ngan hubby, terlepas nak makan nasi lemak Pak Nasser yang kami order untuk breakfast atas Air Asia tapi dikurniakan breakfast nasi lemak jugak tapi dari MAS. Alhamdulilah. Ini nasi lemak Brisbane di mana sambal udang ni manis dan err ada sayur kacang panjang pulak kat dalam nasi lemak ni. Ditambah dengan roti, buah, air orange, kopi, muesli bars dan yogurt. Mewah makan atas MAS ni. :-)  



Pukul 5.55 pagi kami selamat tiba kat KLIA. Alhamdulilah. Bersyukur kami akhirnya dapat balik Malaysia. Relief sangat dapat tengok kata2 ini Welcome to Malaysia. Kalau tak, entah bila kami dapat balik ke Malaysia kan...
 

Teksi Airport Perdana ni harga RM101 balik umah me. Boleh tahan jugak harganya. Sebab dah lepas pukul 6 pagi jadi charge adalah harga normal. Kalau tak kena charge lebih.


Sekian trip ke Gold Coast kami yang diakhiri dengan insiden tidak diingini. Alhamdulilah selamat me type entry ni kat bumi Malaysia......alhamdulilah....:-)

*****kepada Iman Balqis terima kasih kerana melayan kami anak beranak. Iman ni siap ambik address blog me lagi. In fact 2 lagi pramugara yang bertugas bersama Iman, Azman kot namanya dan lagi sorang pun dah melayan tetamu MAS dengan baik sekali. Thanks Iman + friends and thanks MAS :-). 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854