Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Berdua di Taman Canseri dan Q Bistro

$
0
0

Lepas settle masak dan selesai asar....saya dan Dania pun menuju ke Taman Canseri yang terletak di Presint Diplomatik Putrajaya. Tak jauh pun taman ni. Dalam 3.7 km dari rumah kami. Dah cakap dengan Dania lepas Asar nak pusing2 taman tu kemudian kita minum kat kedai berdekatan. Hehe.


Mulanya nak pergi bahagian atas tangga tu tapi ada semburan nyamuk la pulak. Takpe la kat bawah ni je la kami berjalan mengelilingi taman. 


Tadi atas ni penuh dengan asap semburan nyamuk. 

Saya mengelilingi taman sebanyak 3 pusingan. Dania kata nak pusing + dua pusingan lagi. 


Ada tangga ala ala rumah orang Melaka. 


Saya tunggu Dania kat tebing tangga ni la. Penat dah saya pusing 3 round pun...


Dania masa ni pusingan keempat. Come on Dania.... lagi satu lagi pusingan. Kalau kat UPM, kadang-kadang Dania beriadah kat Bukit Expo. Pusing Bukit Expo tu. Saya galakkan untuk Dania brisk walking situ. Boleh la release stress. Kadang-kadang dapat gambar itik pulak dari Dania. 😅. Sempat tu ambik gambar itik kat tasik Bukit Expo. 


Tenang je petang ni tak ramai orang sebab hari kerja kan....


Selesai lima pusingan, saya dan Dania menuju ke Q Bistro tak jauh dari Taman Canseri. Saje nak bonding dengan anak sebab dok terperap kat rumah je. 


Konsep kat sini kena scan QR code kalau nak order. Kalau agak-agak nak tambah order boleh je panggil staff tu order macam tu je. Nanti dia key in la dalam system dia. 

Kuku saya masih ada sisa dakwat mengundi. Tempat lain dah bersih. 


Order roti bakar. Dania yang nak jadi saya order je 1. Share la kami berdua. Karang nak makan berat pulak. 

Kat sini akan ada seorang staff Indonesia yang extra friendly. Dulu pernah saya tanya namanya....tinggal kat mana....dia tanya 'pakcik bos ya?'. Ini yang saya rasa macam nak tersembur je apa saya minum. 😆. Suami saya bukanlah bos tapi kerja dengan orang jugak. Bila lepas bayar....terima kasih chik sila datang lagi....lepas tu ummi tanya Dania....dia panggil ummi 'cik' ke 'chik'?  😅Kalau umur2 macam gini dengan anak dah besar pangkat achik achik la ya.....😂😂😂


Tiba je rumah, nampak banyak nau daun pokok kemboja luruh jadi saya capai penyapu pencakar tu. Masukkan dalam plastik dengan Dania. Dalam pada tu si kucing hitam (si kucing jalanan yang Dania sayang sangat ni) datang tengok kami menyapu dan masukkan daun dalam beg plastik. Kemain manja dengan Dania. Menggesel-gesel, berguling....alahaiiiii mengada sungguh. Kadang Dania panggil nama dia Hitam Sayang. Nama asal dia Diva Daisy sebab suka tidur kat atas spoiler kereta saya ala ala Diva. 😁.



***Berdebar-debar menunggu berita hari ini. Berita apa? Nanti saya kongsi.....dup dap dup dap...





XOXO,
Ezna









 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853