Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Hasil ladang UPM di Putra Mart

$
0
0

Ada nampak iklan di facebook Universiti Putra Malaysia tentang penjualan durian hasil dari ladang UPM. Tak sure ladang durian yang mana sebab kolej Dania dulu berdepan dengan ladang durian. Suami yang nak pergi ni. Jadi singgah Putra Mart sebelah UniPutra Golf dalam UPM ni. Durian ni pula ada banyak jenis. Contohnya yang ni durian gred premium. Gabungan dari durian-durian yang terbaik kemudian jadi durian yang ni. 

Masa ni Dania tak turun kereta. Tak excited nak tengok durian. Dania tak makan durian. 



Kena tengok warna durian ni kalau nak tengok grednya. 



Banyak durian yang dijual ni. 



Ada nanas juga. Dah tentunya dari hasil ladang di UPM. 



Ada juga durian yang yang terbuka macam ni. Mungkin masa jatuh ke tanah dia terbuka. Suami beli yang ni. Harganya murah sikit. Memang berbaloi tau sebabnya....


Ada rambutan juga. Memang meriah pokok rambutan kat UPM ni. 


Saya beli juga telur puyuh ni sebab UPM memang ada ternak burung puyuh. 


Masa nak bayar, saya tanya la beliau ni student ke?. Rupanya dah bekerja kat sini. Beliau handle semua hasil ladang dalam UPM ni. Bila tanya course apa?. Beliau cakap beliau lulusan Bachelor of Science in Agribusiness. Saya excited cakap haaa tu dalam kereta ada junior course ni. Dia tak turun....😅


Saya minta Aiman bagi kata-kata semangat kat Dania melalui video ni. Terima kasih Aiman. Aiman ni masuk UPM tahun 2016 kemudian graduate pada tahun 2020. 


Balik rumah, suami buka la buah durian ni. 

Ok....saya cakap berbaloi sebab ....
Tengok la buah durian ni bila dibuka.....
 




Alhamdulilah....rezeki dari ladang UPM. Beli 3 biji je durian ni sebab Dania tak makan. Saya dan suami je yang makan. Berbaloi sebab walaupun beli yang dah terbuka tapi isinya sedap. Alhamdulilah. 

Siapa yang tak makan durian?





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854