Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

BTS datang Malaysia lagi..... | BTS, Singing the Stars

$
0
0

Kali ni saya dan Dania akan ke Pavilion Bukit Jalil untuk menonton BTS. Wahhh BTS datang Malaysia ya?. Ya tapi melalui gambar-gambar dan VR. Kalau betul2 nak datang Malaysia macam tak je kot...

Saya dah beli tiket online jadi scan barcode je la. Lepas tu dia ada tanya nak beli tak merchandise. Dania kata tak nak sebab nampak merchandise kurang menarik sebab terlalu kosong. Warna purple pun tak ada. Purple ni warna rasmi kumpulan BTS ni. I Purple You @ 'Borahae'.


Kena pergi dua tempat ni kalau nak tengok pameran / VR. 


Ini adalah laluan pameran ni. Tempat paling awal kena pergi ke VR. 


Masa beratur ni Dania dan ummi je. Actually kami datang awal lagi line beratur pun panjang juga tapi tak sesak tapi saya dan Dania decide nak pergi bilik air dulu. Dalam ni takde bilik air ya. Jadi siap2 pergi bilik air dulu. Bila beratur kali kedua takde orang dah sebab batch tu dah masuk. Masa batch kami ni 6 orang je. Memang sangat selesa sebab tak ramai. Itulah kena pergi hari biasa bukan weekend atau cuti sekolah. 


Ummi pakai kasut purple, Dania pakai kasut biru. 


Dania pakai baju Uniqlo X BT21. Dania suka yang watak rabbit tu Cooky @ Jung Kook. 


Ummi dan Dania pakai tudung warna purple. 


First kena tengok konsert BTS melalui VR ni. Memang dekat sangat tengok konsertnya. Sesekali boleh perasan juga bila anggota BTS pandang tepat kat kita 😆. Haha tengok kamera la tu. Sesekali boleh nampak ada orang kamera lalu atas kita. Boleh la kalau nak menyanyi pun. Boleh nampak krew konsert kat bawah stage. 


Ada lalu satu kawasan yang berblink. Macam bintang dan ada 1 kek yang sangat besar. Kat kek tu ada skrin dengan 
anggota BTS tengah pose. 


Kat sini nak masuk bilik BTS pulak. 


Masuk dalam ni pakai la star pin yang dapat tadi. Berkelip la dia bila masuk tempat gelap. 


Kat area sini dibenarkan ambik gambar kat luar je ya. 


Satu koridor yang panjang jadi saya dan Dania tak lepaskan peluang melawat setiap bilik anggota BTS. Tak boleh ambik gambar kat dalam ni sebab ada gambar-gambar yang belum release kepada public. 


Bilik Jung Kook. Jom la tengok apa ada kat dalam. Setiap bilik akan ada 1 gambar besar yang mata siap terkelip-kelip lagi. 


Sebelum masuk sini ambik gambar dulu. 


Kat bilik ni projection mapping jadi boleh ambik gambar kat bawah je ya.



Tiba kat luar ada tempat boleh beli cenderahati BTS tapi kami tengok-tengok je sebab Dania kata merchandise dia biasa-biasa je dan tak nampak macam eksklusif. 


Ada standee kat luar ni bole ambik gambar. 


Jimin. 


Ni group leader BTS bernama RM. 


Masa pergi tu pada 4 Disember 2023. Rupanya hari jadi Jin. 


Aip aip pegang tangan siapa tu?. 


Close up Dania dan standee Jung Kook. 


Kali ni kena ambil gambar dengan standee semua anggota BTS pulak. Kena cepat2 sebab ada je yang nak ambik gambar ni haaa....


Gambar Dania lagi. Hari ni hari dia...kasi chance la. Tengah bercuti semester. 


Hmmmm....berbaloi ke pergi sini?. Dania cakap macam tak best sangat sebab nampak kosong. Takde yang menarik kecuali VR. Lepas tu merchandise pun nampak tak eksklusif macam ala ala boleh tempah je merchandise tu. Kurang warna purple dan banyak warna putih je. 


Last sekali bergambar di bus stop BTS di Jumunjin Beach. Memang ada bus stop kat beach tu dan boleh juga ke tempat penggambaran K Drama Goblin yang juga turut dibuat di Jumunjin Beach, Korea Selatan. 


Kalau peminat BTS boleh la ke sini. Kalau bukan peminat...macam tak berbaloi sangat ke sini sebab harga tiket pun bukannya murah. Ummi sokong je minat Dania. Lepas ni belajar rajin-rajin ya....😀





XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854