Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Makan malam selepas serigala jahat yang besar

$
0
0

Lepas ke Big Bad Wolf berkira-kira la nak makan kat mana. Kat Vicchuda Tomyam, Damansara Utama atau Rasta yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail?. Akhirnya Rasta yang dipilih. Dekat 3 kali juga pusing nak dapatkan parking akhirnya baru jumpa.

Kat Rasta ni memang luas tempat dia dengan konsep banyak gerai. Boleh pilih la nak makan apa. 


Mulanya saya nak makan Quackteow tapi dah habis kuaytiaw dia jadi ke Gerai Butter makan mee sedap dengan set dia ayam butter. Ada sayur-sayuran dan telur goreng juga disediakan. Saya tak campur sekali dengan butter tu. Entah....tak terasa nak makan dengan butter jadi saya makan kering je. Ayam dia sedap. Salutan luar tu yang buat sedap tu. 


Dania pulak makan dengan nasi. Set Dania ni sama je bahan-bahan kecuali nasi tu. 


Gambar sate tulang tak ambik pulak close up tapi ada 3 cucuk sate tulang yang kami order. Nak makan kena berhati-hati sebab ada tulang juga dicucuk bersama sate. 

Lagi satu suami order mee goreng pun takde dalam gambar sebab mee goreng tu order kemudian tapi suami kata pedas betul mee goreng yang order kat gerai tomyam. Pedas la sebab masak style Thai. 


Lepas makan kami pun balik dan melalui terowong dekat Penchala Link ni tapi jam dan nampak jalan cuma 1 lane je dibuka dan nampak ramai polis dan ramai orang. Tak tahu ada apa kat sini. Penggambaran filem ke?, accident macam tak ada tapi banyak kereta polis kat sini. 


 Lepas terowong ni trafik lancar sampai tiba rumah. Alhamdulilah. 

Petang Dania ada test Pengenalan kepada Sistem Perniagaantani di Malaysia dari 2.10 petang - 4.10 petang dan malam ni pulak ada test Kenegaraan Malaysia. Harap semua dipermudah. Dari jam 8.30 malam - 9.15 malam. Time degree ni banyak pula test waktu malam ni. 





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853