Hari ni 3 Feb 2024, hubby ajak makan kat Dapur Sarawak, Putrajaya. Restoran ni kepunyaan seorang pelakon kelahiran Sarawak bernama Mahmud Ali Bashah yang selalu berlakon drama jadi ayah tak pun Datuk.
Masuk je Restoran ada muka pemiliknya.
Cantik tulisan ni dan ada motif Sarawak.
Luasnya Restoran ni.
Sudu diletakkan di dalam mug yang berisi air panas.
Beli juga beberapa potongan kecil kek lapis Sarawak.
Kita ambik gambar dululah.
Sebenarnya masa nak order makanan dalam menu....menu 1...tak ada, menu 2....tak ada....menu 3....tak ada...jenuh ni apa yang ada?. Akhirnya saya order mee kolok udang size kecil. Agak annoying juga bila order tak ada.....
Mee Kolok Udang ni didatangkan dengan sup berwarna gelap berbanding sup kat Dayang Sarawak Corner yang sup dia lebih cerah. Bila air suami dan Dania tiba.....dia cakap dengan saya air cincau yang saya order pun tak ada....😓. Akhirnya saya tukar air bandung sahaja.
Mee Kolok Udang ni saya taruh cili kicap nak bagi kick lagi Mee Kolok ni.
Dania dengan Mee Kolok Ayam bersize kecil.
Suami order Mee Kolok Goreng. Bila rasa sedap juga cumanya ianya juga didatangkan dengan sup walaupun Mee Kolok Goreng.
Ni dekat cashier.
Kalau nak beli kek lapis yang siap dipotong kecil.
Berdekatan dengan Pejabat Kerajaan di Presint 2, Putrajaya.
Dania berlatarbelakangkan Pejabat Kerajaan.
Kat Bangunan ni lah Dapur Sarawak terletak.
Saya rasa Dapur Sarawak, Putrajaya kena buat penambahbaikan la. Kalau menu yang tak ada tu boleh la tutup supaya nanti pelanggan takde la order banyak kali kemudian kat Menu ni tak ada, Menu tu tak ada. Agak menjengkelkan juga. Suasana dan menu yang dihidangkan tu takde komen apa-apa. Semuanya ok.
Kalau nak cuba masakan kat Dapur Sarawak ni boleh la ke : A-G-R2 & A-G-R3 Tower A Bangunan Suasana PJH, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100, Wilayah Persekutuan Putrajaya