Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Final Exam hari keempat dan terakhir untuk Semester 1

$
0
0

Petang ni Dania ada paper Introduction to Agribusiness Systems in Malaysia. Ini merupakan final paper dah untuk Semester 1 ni. Alhamdulilah...kejap je dah habis Semester 1 untuk Bacelor ni. Kali ni Final Exam dijadualkan di Fakulti Pertanian. 3 Final Exam sebelum ni bertempat di main campus Universiti Putra Malaysia.

Dania tiba 30 minit sebelum Peperiksaan bermula. Senang datang awal kan. Kali ni Dania pakai hijab berwarna merah gelap. Semangat!!!....


Bitaufik Wannajah Dania Yasmine. 

Moga anak ummi dikurniakan ilham bagaikan buih-buih di lautan dan berjaya menjawab mengikut skima permarkahan dengan tepat dan Allah pimpin jari-jemari Dania untuk menjawab dengan tepat. 


Ini adalah subjek yang Dania mendaftar untuk Semester 1. 
Amalan Ladang, Pertanian dan Kehidupan, Poetic Society tak ada Final Exam. Bakti Siswa pula kokurikulum.

Hanya ada 4 subjek je ada Final Exam iaitu Pengenalan kepada Sains Makanan, Pengenalan kepada Perniagaantani Malaysia, Kenegaraan Malaysia dan Falsafah dan Isu Semasa. 

Walaupun namanya dalam Bahasa Malaysia tetapi lecturer notes dan lecturer mengajar dalam Bahasa Inggeris. Ada sekali masa exam Pengenalan kepada Sains Makanan....ada lecturer tegur seorang classmate Dania sebab jawab soalan dalam Bahasa Malaysia....Lecturer tu cakap 'You were taught in English'. Rasanya lecturer yang macam 'hero remaja' tu yang tegur. Dania bab ni memang dah terbiasa masa asasi menjawab dalam Bahasa Inggeris. 

Jadi.....anak-anak yang bakal masuk universiti ni walaupun universiti awam....pengajaran di dalam Bahasa Inggeris ya....jadi perkukuhkan Bahasa Inggeris supaya senang kemudian hari jika belajar di Universiti Awam. 


Moga keputusannya nanti bakal membahagiakan ummi dan ayah ya.....
All the best sayang!

Bila balik, baru dapat baju T-Shirt course Dania. Warna dia ummi suka....purple....hehehe.


Dapat juga T-Shirt Fakulti Pertanian berwarna hijau gelap. 


Nampaknya apa yang ditarget semua masuk. Moga ada rezeki Dania dapat markah yang tertinggi.....







XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854