Hubby i kemalangan bike hari jumaat baru ni. After setelah seminggu struggle dengan keje. Balik lewat malam nak siapkan project I P*******. Masa hubby kat traffic light tetiba kereta yang jap kanan jap kiri memintas secara last minute nak masuk ke lorong kiri kemudian melanggar hubby dari belakang. Hubby jatuh tergolek tapi kereta Mercedes yang langgar tu tak berhenti. Nasib la ada van kat belakang hubby berhenti dan memberikan pertolongan. Cina dan India yang dalam van tu. Seorang Melayu naik motor pun berhenti memberikan pertolongan. Moga murah rezeki mereka.
Masa check kat klinik, X ray bahu semua ok. Dr bagi ubat untuk surut bengkak. Then hari isnin bila gi jumpa Dr tu, dr tu suruh rujuk kat hospital pakar. So pegi la me and hubby kat SJMC. Xray then dapat detect ada tulang kecik patah. Oh my....cuak tak cuak?....then Dr suggest kena buat minor ops kat kaki nak masukkan skru dalam tulang. Sound scary kan?. Moga itu yang terbaik buat hubby. Now hubby admitted sebab Dr nak bagi bengkak kaki tu berkurangan sebelum minor ops....
Moga dipermudahkan....