Bila ada benda nak beli barulah masa bulan puasa ni kena gagahkan juga ke IOI City Mall. Idak saya suka berehat kat rumah lagi bulan-bulan puasa ni.
Mula-mula ke sini. Masa birthday Dania bulan 11 tahun lepas saya ada belikan hadiah mineral powder untuk Dania. Bila Dania pakai katanya serasi pulak. Dania pun dah suka jadi kebetulan bedak ni dah nak habis. Kalau beli mineral powder ni 2 dapat 1 free. Tahan 5 bulan jugak la. Jadi saya beli 2 dan bedak percuma tu saya yang punya. Dania dapat 2. Smooth je mineral powder ni. Lip balm Innisfree yang hadiah birthday pun tak guna lagi sebab guna lip balm yang sedia ada. Dania pergi kelas pakai lip balm ni je. Sweet je warna dia dan bagi bibir tak kering.
Lepas tu pergi cari syampu kat Himalaya pulak. Kami sekeluarga guna syampu Himalaya.. Kalau member beli dapat la promosi 10% off. Kalau kumpul2 point nanti boleh la tolak dari harga belian.
Lepas tu masuk Parkson pulak sebab Dania nak beli kasut nak ke kelas. Kasut bertutup Dania dah koyak dah. Sama la macam kasut ummi tapaknya dah berlubang. Wear and tear kan. Dok guna je macam tu la. Boleh pakai masa raya jugak la.
Kat bawah ni dari brand Carlo Rino.
Ni pula brand Beverly Hills Polo Club (BHPC). Saya beli brand ni. Masa nak tunggu sales person tu punya lama saya berdiri tercegat kat situ. Rupanya sales person tu pergi tolong kat kasut Sneakers. Haishhh punya lama. Dah la tekak ni kering je....dapat la sepasang untuk saya.
Nak kena budget masa juga sebab jam 2 petang nanti Dania ada kelas Soil Science. Sempat juga selitkan shopping ni....hehehe....Kami pergi pun dalam 10 pagi camtu. Parking pun masih banyak yang dekat escalator.
Dania siap merasmikan masa kelas petang tu. Nak selang seli pakai dengan sneakers lagi satu.
Belajar rajin-rajin Dania. Kalau boleh buat yang terbaik untuk Sem 2 ni. Dania bawa backpack ni senang. Semua boleh masuk dalam tu.
Lepas hantar Dania saya parking kat luar Fakulti Pertanian ni....sebab apa?....masa masuk tadi saya nampak bunga matahari yang kembang mekar ni. Geram sangat....
Close up......cantik kan?. Teringat kat rumah family saya dulu mama tanam pokok bunga matahari lepas tu berkembang mekar la. Sampaikan ada kawan mama punya anak teringat bunga matahari ni kat rumah saya.
Fakulti Dania dari luar.
Kelas mengambil masa 3 jam jadi saya balik rumah dulu la. Seronok masih boleh hantar ambik Dania ke Universiti. Rutin dari Dania sekolah rendah lagi. Ada yang kata hantar ambik anak kat Universiti macam sekolah je. Apa-apa je lah ikut la apa yang sesuai untuk kita kan.....janji kita bahagia dengan cara kita.....saya bahagia sebab ada penolong untuk saya masak.....hehehe.....setiap keluarga tu tak sama caranya....jauh ke Fakulti Pertanian ni dengan rumah?....ada yang tanya juga....tak la cuma 5.1 km. Lagi jauh saya hantar Dania ke Sekolah Menengah 8.6 km. Masa Sekolah Rendah masa Darjah 6, kami dah pindah ke rumah baru tapi Sekolah Rendah Dania maintain yang lama jadi kena hantar 17 km. 😅. Tak nak Dania terkejut dengan kawan baru kalau pindahkan ke SK di Bandar Baru Bangi ni. Emosi kena jaga sebab nak UPSR masa tu.
XOXO,
Ezna