Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Berbuka di Mee Hiris IOI City Mall

$
0
0

Ini kali ketiga Dania berbuka dengan kawan dia. Kali ni dengan seorang kawan sekelas masa Asasi. Kawan masa asasi jugak yang Dania ngam selain kawan sebiliknya. Dania baik dengan 2 orang dalam kelas masa asasi. Nik Aisya ambil Doktor perubatan veterinar dan Anis ambil Kimia Perindustrian. Ikutkan tarikh yang sama kelas Dania dulu K18 nak buat berbuka puasa tapi tak jadi sebab ramai yang takde. Ada fakulti yang buat kelas online jadi mereka memang tak balik UPM. Macam Dania Fakulti Pertanian dan Anis Fakulti Sains...pembelajaran secara bersemuka. 

Saya dan Dania pick up terus ke kolej di Kolej Tun Dr Ismail, UPM. Since Anis seorang saya pick up je sebab takkan nak biar naik grab sorang2.  


Ni dah hantar berdekatan FOS, IOI City Mall. Senang ada tempat nak drop. Saya memang tak risau sangat Dania ke sini selain berdekatan dan Dania memang dah familar area sini. 

Have fun girls!. 


Ni gambar-gambar dari phone Dania. Saya suruh ambik gambar. Hehehe.....ini memang permintaan wajib ummi ya. 


Nampak dari muka memang ceria je dua orang ni. 



Rasanya Mee Hiris ni baru buka tahun lepas. Selalunya kalau nak makan masakan cina ni saya ke Mee Hiris kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi je. Memang salah satu favourite tempat makan. Boleh order dumpling juga. Mee Hiris ni makanan muslim cina dari daerah di Lanzhou, China. 

Dania kata masa waktu berbuka tu tempat makan penuh jadi mereka beli dulu lapik perut. Dalam pukul 8 malam baru ada tempat kosong kat Mee Hiris ni. Tempatnya cantik dan selesa. 


Anis order Mee sup daging dan obviously Dania akan order lauk ayam sebab memang kurang makan daging. Dania kata minuman pula Dania minum tealive. Tak ada dumpling pun untuk side dish. Masa saya whatsapp tak order dumpling ke?....udah Dania tanya ummi nak ke? sebab tau ummi memang suka dumpling. Saya tak order pun. Bulan puasa ni cepat je kenyang lepas berbuka. 


Saya suka Mee Hiris ni berbanding Salaam Noodle sebabnya dia ada menu lain selain daripada Mee. Mee Hiris pun ada nasi goreng telur dia yang sedap tu. 

Dalam jam 9.45 malam saya pick up la Dania dan Anis. Hantar Anis dulu balik kolej sebelum saya dan Dania balik rumah. Kalau naik grab dari UPM ke IOI City Mall sehala RM20. 


***Pagi ni jam 4, hubby nak pergi beli daging batang pinang untuk buat stok saya nak masak daging masak Pah. Orang daging suruh datang awal kalau nak bahagian batang pinang ni. Katanya jam 3 pagi dah bersedia dah situ cumanya start menjual jam 4 pagi la. Memang dagingnya tu....fresh sembelih lembu jagaannya sendiri. 





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853