Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Kenduri kahwin selepas sambutan Hari Raya

$
0
0

Jemputan dari kariah surau untuk majlis yang diadakan di Big Pillars Hall, Astana Putra. Kalau ikutkan Astana Putra ni pernah la pergi beberapa kali makan kat sini. Kalau dewan tu tak pernah pulak pergi. Ini pertama kali kami ke sini. Cantik juga dewan ni. Tak jauh pun dari Fakulti Pertanian UPM tu. 

Majlis diadakan pada 14 April 2024. Minggu raya tu la...


Jauh pulak gambar pengantin ni. Pengantin lelaki ni orang jauh ni. Dari Nebraska, USA. 



Bila ada tarian melayu dan pengantin Mat Salleh cuba menari joget melayu. 


Saya dan family duduk kat luar sebab dalam dewan macam full. Ada pula busker yang selalu nyanyi kat tempat makan Lot 10 ni. Suara dia Dania kata macam dalam kaset. Serius best. 

Makanan memang meiah la ada sate, apam balik, kuih muih selain lauk pauk makanan utama. 


Sebelum balik kita abadikan gambar kat sini. Background cantik sebab hijau je....


Laluan nak masuk ke dewan. 


Saya pun tak lepaskan peluang. 


Bunga telur hadiah dari pihak pengantin. Rare dapat telur ni. Bunga telur ni katanya ibu kepada pihak perempuan yang gubah. 


Suami dan saya pula. Kami datang hari ni takde la sedondon. Macam2 warna.


Tahniah kepada kedua mempelai 

Raihanah Hassim 
&
Jason Zachariah Shonerd

Selamat Pengantin Baharu. Semoga berkasih-sayang sehingga ke syurga. 





XOXO,
Ezna




 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853