Ni cerita selepas ke kenduri perkahwinan yang diadakan di A Park tu. Ada jemputan pulak selepas tu. Hubby kata nak balik dulu kemudian datang balik tapi saya kata kalau balik dulu...memang saya malas dah nak pergi. 😅.
Ni bukan rumahnya tapi saya suka pulak design rumah ni. Kawasan saya ni banyak tanah lot. Tanah lot yang ni terletak kat atas bukit. View atas ni memang cantik. Ada juga tanah nak dijual atas ni.....
Ha inilah rumahnya.....
Saya ambil bihun goreng ajer. Dinding kat sini diperbuat dari bata merah. Bata merah ni harganya mahal tapi sejuk rumah dan tahan.
Kat dalam ni meja makan tapi kami memilih untuk duduk kat luar. Pun ada disediakan meja. Kawasan kat meja makan tu atas tu kawasan terbuka jadi boleh menjenguk kat situ. Saya suka design macam ni.
Bihun dengan telur rebus.
Cantik kawasan kat luar dengan rumput karpet tiruan.
Buko ni sedap.
Lepas tu ambik laksa tanpa kuah boleh?. Saya tak ambik kuahnya sebab perut masih tak berapa sedap. Malam sebelumnya muntah dan ulang alik ke bilik air sampai susah nak tidur sebab perut sakit.
Close up rumahnya. Ambil gambar masa dah mengundurkan diri.
Rumah kawasan ni memang atas bukit dan rumah yang ni tinggi sikit. Unik pulak macam design rumah melayu tradisional ada benda tajam kat bumbung. Bila google namanya 'Buah Guntung' atau 'Kayu Tunjuk Langit'.
Seronok betul tengok design rumah kat sini. Cantik-cantik....
XOXO,
Ezna