Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1858

Pengeluaran online SSPN I Plus

$
0
0

Ini baru pertama kali saya nak keluarkan duit dari Simpanan SSPN I Plus yang saya nak simpan untuk Dania.

1. Perlu install apps myPTPTN di phone. 

2. Setelah set semua pergi ke page ni. Kalau akaun SSPN I Plus ni boleh buat pengeluaran setelah 3 tahun anda menyimpan. Macam saya ni start tahun 2019 jadi nak masuk 5 tahun la menyimpan. Jadi part yang ni ngam dah. Lepas syarat!. 

***Nak setkan i/c tu agak renyah sikit sampai saya kena minta staff PTPTN kat Star Education Fair tolong buatkan. Staff  PTPTN pun cakap manja sikit sistemnya...anda cubalah.....


3. Pergi ke 3 titik tu dan click 'Pindahan' di situ. 


4. Akan tertera di situ berapa yang anda layak keluarkan. Lihat 'Baki Pengeluaran Pindahan'. Kena tinggalkan RM1000 dalam akaun. 


5. Isi butiran semua dan berapa amaun pindahan dan rujukan boleh la dipilih dari pilihan. Saya pilih pendidikan tinggi. 


6. Page terakhir akan keluar yang ni. 'Amaun pindahan akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas pengesahan lengkap. Kemudian boleh click sah & hantar. 


Simple je pun nak keluarkan duit SSPN I Plus online ni tapi punya lama la pulak sampai 14 hari bekerja. Saya nak keluarkan amaun tu sebab nak menyimpan dalam emas Public Gold tu. Saya nak kekalkan akaun ni sebab ada manfaat penyakit kritikal, kematian, elaun kemasukan hospital dan banyak kali. Pulak tu cover pendeposit, pasangan dan anak (khairat kematian). Best kan? Jadi saya keluarkan apa yang boleh je la. 

Akhirnya saya bercadang ke pejabat PTPTN yang terdekat. Nanti saya update pengeluaran di kaunter pulak macam mana....





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1858