Hari ahad minggu sebelumnya Dania ada aktiviti sukarelawan di kandang kuda. Kali ni hari ahad juga Dania ada aktiviti Picking While Cycling. Salah satu yang sponsor ialah Unicef. Mulanya Dania kena bayar RM2 kalau ada basikal dan RM12 kalau tak ada basikal. Basikal kena sewa kat UPM ni. Akhirnya wang dikembalikan kerana ada penaja. Aktiviti kali ni ialah mengutip sampah sambil mengayuh basikal kat UPM ni. Laluannya dalam 5km lebih kurang.
Pergi 2 kereta ke sini. Kereta SUV kami yang masukkan basikal lipat Dania ni. Siap dengan topi basikal lagi. Lepas tu hubby balik sebab ada hal dan saya menunggulah Dania di sini kejap.
Basikal dah tunggu tuannya untuk dibawa keliling UPM ni. Ada plastik kuning disediakan penganjur untuk meletakkan sampah dijumpai sepanjang berkayuh nanti.
Ada beberapa kali aktiviti dengan kawan sebilik, Durrah ni tak dapat join. Budak ni sungguh la aktifnya. District 21 pun tak join sebab hiking dengan kawan katanya tapi dengan saya banyak kali jugak berjumpa dengannya. Kat Fakulti ada sekali tu Durrah temankan saya dan ajak berborak sebab Dania tak habis kelas lagi. Errr beli kangkung dengan Durrah dan aktiviti membersihkan kandang kuda baru-baru ni pun dengan kelas Durrah.
Mereka kena aktif bagi memastikan dapat duduk kolej. Macam Dania duduk kat rumah jadi takdelah nak mengejar banyak aktiviti tapi join setakat yang termampu tu adalah.
Aktiviti pagi dimulai dengan bersenam. Kena bersenam dulu sebelum mengayuh.
Kali ni ambik gambar anak sendiri. Hehe...
Ada beberapa gerakan senaman sebelum peserta dilepaskan.
Dania siap nak pakai topi basikal untuk keselamatan. Plastik nanti digantung di basikal.
Peserta dilepaskan. Nampak macam semua perempuan.
Masa ni saya siap parking dalam kolej Tan Sri Aishah Ghani. Kolej masa Dania asasi. Masa nak datang sini pun ternampak Dania naik bukit tapi sebab bukit...Dania sorong la basikal tu. Nak ambik gambar....saya tengah bawa kereta.
Ok...Dania dah tiba....sempat pulak tu Dania cakap dah agak ummi ikut. 😅. Ikut sampai sini je pun sebab ini juga laluan saya ke rumah.
Bila Dania dah pergi.....saya pun ke kereta nak gerak balik....Ambik la gambar signboard ni. Dulu masa Dania duduk kolej ni takde lagi signboard ni. Ternampak perkataan Blok F 'Uranus'. Asrama Dania dulu kat Tingkat 4. Asramanya 5 Tingkat.
Blok asrama Dania dulu kena masuk ke dalam lagi. Blok F yang tandasnya dah siap renovate cantik. Lain-lain samada belum siap renovate atau tengah renovate. Dania kata luas tandasnya. Bilik pun luas boleh muat 6 orang. Almari dan meja study besar. Hmmmm semua pengalaman yang best2 la. Bila Dania punya kursus kena menginap di Serumpun. Hmmmm takpelah duduk rumah je la Dania sebab ummi tak berkenan bilik kat situ. Sebelum ni yang Dania duduk Kolej Canselor tu untuk kursus lamanya. Kalau Dania duduk KC tu pun nak ke tempat tunggu bas untuk ke Fakulti Pertanian agak jauh juga jadi itulah sebabnya Dania stay dekat rumah ajer la. Ada seorang kawan Dania pun ulang alik ke rumah di Presint 14, Putrajaya. Asrama tu macam bagi ada je la. Tapi bagi saya....kalau tak duduk asrama tak payah la duduk terus sebabnya asrama tu pun nak kena bayar jugak.
Memang jimat sungguh Dania duduk rumah sebab saya beri Dania duit poket RM150/sebulan. Makan semua memang kat rumah je. Duit tu buat Dania nak beli apa2 selain daripada makanan berat la. Tiap bulan selalunya ada baki lagi. Memang saya akan check penggunaan duit Dania tiap bulan melalui website perbankan tu. Bayangkan kalau nasi bajet tu berharga RM8. Makan 2 kali sehari lebih kurang RM16 sehari x 1 bulan = RM480 (Ini kalau makan nasi bajet....kalau makan yang lain mungkin lebih lagi) Belum kira kalau naik Grab ke, nak beli barangan keperluan ke..., lain2.....Kalau buku pelajaran pula selalunya memang tak ada kat UPM ni. Paperless jadi semua lecture notes kat website Putra Blast je. Saya tak sure Uni yang lain macam mana....kena beli buku ke?...Belum lagi campur yuran Universiti ya. Kalau kat UPM ni memang yurannya ribu....IPTA yang lain pun lebih kurang sama juga.
Jadi....mak ayah kena bersedia juga duit untuk anak-anak nak sambung belajar ni....saya...Dania seorang ajer....kalau la ada 2-3 orang lagi? Biasiswa pula sekarang ni agak kompetitif dan agak sukar juga nak dapat sebab ramai yang apply. Nak apply pinjaman PTPTN?. Pinjaman pendidikan dari bank?...
Moga kita semua dimurahkan rezeki ya.....
Oh ya masa ambik Dania....Dania cerita terjatuh basikal masa kat Bukit Expo. Sebabnya Dania cerita nak terlanggar tebing jadi Dania nak elak lepas tu terus brek mengejut..... Dania terjatuh dan kaki pun merah....malamnya memang lebam la....nasib baik la tak serius. Lepas tu masa berkumpul balik tu.....nama Dania naik paling last untuk cabutan bertuah. Dapat la beg panda comel ni.....
Dania kata boleh la bawak pergi final exam nanti. 😃
Ezna