***Dedikasi buat semua peminat Teme Abdullah.
Masa 1 Jun 2024, kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Pertama sekali Dania pilih novel Bayang Sofea. Dania kata ramai kata novel ni best. Lepas tu tanya la staff kat situ Teme ada kat PBAKL ke? Staff jaga situ kata ada di mana Teme kat lantai atas. Ada Meet and Greet tapi dah full la slot dia. Bila saya tanya macam mana rupanya? Katanya pakai cermin mata dan pakai pelitup muka. Macam Alan Walker la ni cumanya Alan Walker tak pakai cermin mata jadi kalau jumpa mana-mana mungkin kenal dari bentuk mata. Teme Abdullah ni?. Susah nak kenal kalau jumpa kat mana-mana pun.
Pada 3 Jun 2024, kebetulan Teme Abdullah dijadualkan datang ke Popular di IOI City Mall. Ada rezeki boleh la jumpa TAPI......ada tapi ya....tiket nak meet and greet Teme Abdullah dah taken sebanyak 200 slot. Free je kena daftar melalui google form. Saya dan Dania tiba di IOI City Mall jam 10.40 pagi macam tu. Masa naik escalator dari parking bersama-sama dengan staff untuk event Teme ni jadi macam2 saya tanya. Haha....
Meet and Greet bermula jam 11 pagi tapi.....crowd dia punya panjang macam ni ya.....percaya tak?....
Saya dapat shot paling dekat sebab yang jaga pintu masuk tu staff yang naik dengan saya kat escalator. Hehe. Saya kata dik boleh tepi sikit tak nak ambil gambar ni. Terjengket-jengket la saya ambil gambar Teme.
Masa ni memang ramai yang ambik gambar depan ni. Mulanya saya tak perasan penulis dah ada tapi tanya-tanya yang mengambil gambar kat sini rupanya Teme dah tiba. Awal tibanya dari dijadualkan.
Ini pula di sebalik cermin ya. Figura Teme dari arah belakang.
Lagi gambar. Kat belakang ni pun ramai yang menunggu di sebalik cermin ni.
Dania punya idea untuk ambik gambar. Ummi pun ambik gambar gaya ni. Lepas tu terdengar ada yang cakap eiii creative la aunty tu ambik gambar macam tu. Lepas tu dia pun ambik gambar gaya gini jugak. Hehe.
Kemudian, saya dan Dania beli dan makan la snek untuk lapik perut dulu....makan kat tepi kolam dalam IOI City Mall tu.
Lepas makan, kami naik lagi. Haha....saya snap lagi gambar kat depan pintu masuk Popular ni haa.....depan ni ada beberapa orang yang kawal ya.
Terjengket-jengket saya. Kali ni takde sesiapa kat depan ni. Mungkin disuruh mengosongkan area sini tapi saya selamba ambil gambar seberapa snap dari phone yang boleh. 😅. Dania tunggu tepi je....idak la seberani ummi ni haa.....untuk anak apa sahaja tapi yang baik-baik ajer tau.
Ada Teme melambai tak dapat captured dalam ni samada saya terkedu atau bila time snap tu tak tangkap bab melambai tu. Maklumlah saya juga memegang novel Bayang Sofea ni.
Sesekali membetulkan pelitup muka. Mungkin juga nak menyembunyikan wajah tak nak terlalu reveal atau nak menyembunyikan telinga.
Mesin scan ni kacau je jadi tak nampak la secara jelas ya....
Gambar last dah sebelum balik. Ok puas hati tak Dania?. Ummi buat untuk Dania ya....tiba-tiba terngiang-ngiang lagu Apa Saja nyanyian KRU.
Sesekali melayan minat anak.....sebenarnya Dania tak baca lagi novel ni setakat hari ni sebab sibuk menyiapkan tugasan universiti. Tunggu masa yang sesuai....sekejap je tu. 4 novel Inggeris yang tebal yang dibeli masa 'Serigala Besar yang Jahat' dah habis baca 2 dah. Memang Dania ni minat membaca la. Tak sia-sia ummi belikan buku masa Dania kecik2. Kecik dalam umur setahun lebih....bermula dengan flash card. Sampai ke besar ni minat membaca.
Siapakah seorang Teme Abdullah? Berpenampilan memakai pelitup muka dan bercermin mata...kat dalam IG ke TT ke tak nampak muka pun....Boleh click sini.
Ada peminat Teme Abdullah kat sini?
Ezna