Hantar Dania dulu ke Fakulti dan saya dan hubby pun nak gi breakfast. Dania ada presentation ni tu yang berjubah pulak. Dah siap bergosok elok2 tudung bawal ni. Nanti kalau tak on point mau murung. Tak ingat pulak presentation apa sebab minggu yang last ni berderet presentation untuk carry marks final exam.
Saya dan hubby makan lagi kat Haura Cafe dalam UPM ni. Sini paling dekat dan awal juga bukaknya iaitu 7.30 pagi.
Menjengah makanan yang disediakan pagi ni.
Dim sum dan pau.
Mushroom Soup dan Garlic Bread ni dalam terasa nak makan ni tak jadi ambik jugak sebab ambik yang lain. Complicated pulak perempuan ni ya.
Cendawan enoki ni pun nampak sedap je. Nampak sedap pun saya tak ambik....
Aneka mee.....nampak sedap juga tapi tak ambik mee pulak.
Kuih-muih....
Nasi Lemak bungkus dan nasi impit goreng ke ni?
Saya akhirnya ambik bihun.
Cucur pun ada.
Tempe goreng dan donut.
Ok baiklah....saya tak lupa nanti....
Mee sedap dan telur goreng untuk hubby.
Bihun goreng dan telur goreng untuk saya.
Alhamdulilah kenyang la kami berdua....
XOXO,
Ezna