Minggu 28-30 Jun 2024, 1 Julai 2024 dan 4 Julai 2024. Agak packed jugak jadual saya.
Ini pula siri makan-makan dengan adik-beradik saya di Concorde Hotel, Shah Alam. Ada seorang adik saya nak belanja 15 orang ni ya. Kami tiba di Concorde pun dalam jam 9 malam camtu. Masa ni semua adik beradik saya dah tiba dengan keluarga atau 'peysiang' ya. Selesai bersalaman dan saya terus bagi gift....terus la singgah station ni nak makan mee. Boleh pilih nak mee apa dan kuahnya.
Adik saya tengah merebus laksa.
Adik saya ni ambil pakej buffet dinner....jadi dia dah pesan masa tengahari jangan makan banyak-banyak. Simpan untuk dinner. Hehe
Macam tak ramai yang datang satu group macam kami. Kiranya tak ramai juga pelanggan masa ni.
Eerfan yang comot ya....makan coklat tapi comot. Udah lepas tu ummi dia ajak basuh mulut. Anak siapa la ni? Tapi Aunty Ena rasa comel je.
Teh ais ke nak fruit punch?.
Saya ambil ni pulak. Tak silap tema malam ni ialah tema seafood.
Sotong kangkung pulak. Ambil portion sikit-sikit supaya dapat la merasa yang lain juga.
Ini acara wajib ni. Yang baru nak ambil makanan sila duduk dulu ok?. Haha....macam-macam gaya ya...
Cukup 15 orang complete dah....😅
Banyak telefon ni kejap saya, kejap adik ipar, kejap adik....kejap saya guna kamera pulak.
Makan-makan ni diadakan pada 29 Julai 2024, anak saudara saya sebelah ni nak mendaftar di Matrikulasi Kejuruteraan yang terletak di Johor pada keesokan harinya. Katanya lepas subuh nak bertolak dah. Mulanya Sofiah dapat Matrikulasi Pulau Pinang untuk Sains Satu Tahun kemudian apply tukar kursus dan dapat pula. Sofiah ni dari MRSM Bentong dan memang dari aliran teknikal. Tapi....nak masuk pulak Asasi....Asasi Universiti mana?. Saya buat entry lain nanti. Agaknya saya juga ada influence sikit la sebab siap tanya kawan saya, Dania siap tanya kawan dia....sebabnya laluan yang Sofiah ambik tu nanti memang ke arah minatnya. Kejuruteraan tu pula lebih kurang minatnya yang ini walau lebih kurang sama tapi tak serupa. Ummi dia pulak cakap jika dah masuk menjurus line dia terus la masuk Asasi ni kan....kalau di Matrikulasi tu pulak lepas tu kena mintak UPU lagi untuk ke Ijazah dan tak confirm dapat apa yang Sofiah nak....kalau di Asasi ni ibarat sebelah kaki dah masuk ke arah kursus yang diminati.
Takpe anak-anak kita akan belajar dari sini kan.....kekadang anak-anak lepasan SPM ni kadang tidak nampak lagi jalannya. Kita yang dah dewasa ni boleh la tolong dari segi info kan....
Ummi kena la bergambar dengan Dania pulak.
Ambil rojak buah pulak.
Itu pun hanya banyak ni je saya ambik.
Lepas adik saya dah selesai bayar....kita keluar dulu tapi....ada tapi lagi....
Dania punya turn pulak. Dania selesa pakai cargo pants warna beige dipadankan dengan blouse kaftan.
Gambar seorang Dania di tepi tangga. Lawa tangga ni sebab ada ribbon dan bunga.
Dania dengan Adlina dan Sofiah. Sofiah ni kakak, Adlina adik. Biasalah kakak selalunya yang paling rendah. Terasa I...😅
Ini pula gambar En. Zubir....orang kedua tertinggi di Concorde Hotel Shah Alam. Kiranya kenalan papa jugak la sebab masa papa dan mama masih ada...kami kerap makan beramai-ramai kat sini. Kiranya gathering kami banyak kat sini dan dua adik saya majlis resepsinya dewan kat sini. Ini semua gang the boys ni. Kurang 3 orang boys nampaknya ni. En. Zubir ada promo hotel yang baru bakal dibuka di bawah jenama Concorde ni. Dan....ada juga cerita pasal 'mistik'. Saya off record ajer cerita mistik ni ya....membuatkan kalau nak tidur kat hotel mana-mana pun macam seram.....😅. En. Zubir yang pakai coat hitam ni...
Kami dah validate parking. Kalau validate....akan dapat flat rate kalau keluar parking hotel. En. Zubir sign di tiket parking dan......bila keluar FOC ajer. Alhamdulilah.
Mana boleh the boys ada gambar the girls tak ada....
Frankly speaking, gambar kat tangga ni la paling saya suka...
Ni lagi gambar di tangga....
Background cermin kat belakang ni lawa la pulak...
Dania dengan Zharfan (adik) dan Zharif (abang).
Ni la adik saya Elza (Eja) yang segan kalau ambik gambar....tapi lawa je saya rasa....
Sesambil the boys mendengar cerita En. Zubir....saya snap la gambar Dania kat piano ni haa....
Ni lagi satu cermin yang cantik kat ruang legar dalam Concorde Hotel, Shah Alam ni.
Dania dapat biskut ni dari Aunty Leng.
Selesai berborak dengan En. Zubir...kami bertolak balik....alhamdulilah untuk peluang ini....dapat berkumpul bertanya khabar dan menggamit memori masa dulu ketika Dania masih kecik lagi dapat berkumpul bersama Atuk dan Nenek kat sini. Dania masa tu terkedek-kedek berjalan dengan mengenakan dress dari Flower Girl....maknanya kecik lagi la Dania masa tu. Saya suka dress up kan Dania dengan sepit pun bermacam warna dan rambut Dania saya ikat macam-macam gaya.
Slowly, masa berlalu begitu pantas....ada yang dah meninggalkan saya adik beradik....memori tu masih terpahat di dalam minda.........selagi berkesempatan....buat yang terbaik....
***Ada adik yang bagi duit kat Dania sempena dah habis Year 1. Pun ada ya....Alhamdulilah....
***All the best Dania untuk first Final paper Agribusiness Management.
XOXO,
Ezna