Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1860

Lampu kereta dan Rumah Kueh Kak Zu

$
0
0

Kereta Citroen kami ni memang dah habis warranty dah jadi kami hantar kat workshop yang memang specialized in 2 kereta iaitu Peugeot dan Citroen. Kali ni hantar sebab lampu besar depan dah terbakar. Tinggal lampu kecik ajer. 

Tapi....baru perasan.....ni takde kena mengena dengan you kan Suzz? Hehehe....


Dah ada banyak juga kereta ni mungkin nak service ke apa ke...


Banyaknya kat sini kereta jenama Peugeot. Dah 2 jenis kereta yang MZ Auto ni specialized kan...


Mekanik tengah nak buka bulb lampu. 


Setelah dipasang bulb baru, lampu dah menyala. 


Tukar bulb lampu utama berharga RM30. Nanti nak service kereta juga kat sini tapi mungkin akhir Julai nanti. Kereta yang ni kena service setiap 5000km. 

Dah alang-alang lagi 500 meter ke depan tu Rumah Kueh Kak Zu ni, memang menggamit la nak pergi kan....


Apa yang nak dibeli ya...


Kat dalam peti sejuk ni ada yang saya nak beli ni.


Cream Horn ni sedap. Beli juga buttercake dan victoria sandwich cake yang dalm bekas memanjang tu.


Kat kaunter depan ada seleksi kek juga. 


Kek Bento tu menarik perhatian saya. Boleh share dua orang tu....


Kat luar ada seekor kucing comel. Jangan ikut dah la ya....


Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang Rumah Kueh Kak Zu boleh check it out post saya yang ni siap ada alamat lagi....kek dan kuih muihnya memang sedap sangat....





XOXO,
Ezna


 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1860