Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1852

Celebrate habis final exam paper & dapat kerja

$
0
0

Kami ke IOI City Mall la apa lagi...sebab mall ni paling dekat dari UPM tu. Memang saya plan nak makan kat Secret Recipe. Lama dah tak makan kat sini.


Secret Recipe IOI City Mall ni dah berubah wajah la. Bila pulak renovate pun tau tau dah cantik macam ni. 


Dah duduk, tak lama kemudian dapat keropok ni. 


Sementara makanan nak tiba, makan la lapik perut yang ni dulu. Lama tak makan kek Chocolate Banana ni. Ada tulisan dengan cream 'Smile'. 


Dania tengah menulis feedback pasal Secret Recipe ni. 


Saya dan Dania order yang sama je 2 air kosong dan Tomyam Kung. 


Ambik gambar dululah ya. 


Dah cantik dah Secret Recipe sini....


Berjalan dan berjalan sehinggalah....Dania memang plan nak kerja cuti 2 bulan lebih ni jadi dengan tak bawa resumenya saje nak tanya-tanya je kat tempat Dania kerja masa lepas SPM. Ada opening nampaknya untuk Part Time. 


Supervisor Kak Aini la pulak. Memang pernah kerja sekali pun dulu. Saya tanya je la Aini ni ada ke kosong untuk part time?. Kak Aini kata memang ada untuk seorang dan kalau boleh nak perempuan. Hehe. Ada chance la kan?. Kak Aini tanya masuk belajar balik bila?. Dalam tengah bulan 10. Kak Aini kata kalau nak rehat boleh la tender resignation seminggu sebelum masuk Uni. Errr Kak Aini cakap dengan saya macam saya pulak nak kerja 😆. 

Yg Kak Aini tanya Dania....bila Dania boleh start kerja?. Akhirnya start 1 Ogos 2024. Masuk noon. Terlupa pula yang kami nak ke satu tempat ni 30 Julai ni. Dania yang ingatkan. Jadi, Kak Aini kata baju yang Dania pakai masa kerja dulu boleh pakai lagi (Dania buat baju pakai kat rumah je). Ada 4 helai Dania beli dulu. Lepas tu top up cuma sehelai ajer la. Harga T-Shirt ni RM5 je sepasang. Ni T Shirt untuk pekerja....nama kat T Shirt ni Crew T Shirt. 

Ok baju kerja dah ada ya...😁. Nak cari kerja kat tempat lain dah tak payah dah. Ingat tadi nak ke Poney (pakaian baby) sebab ada kekosongan tapi nampaknya tak payah la ya. 


Sebelum balik, saya kata nak singgah kat Parkson sebab nak top up seluar kerja la kengkononnya. Kena pakai warna gelap macam hijau gelap, coklat, hitam, kelabu. Tudung pun kena plain dan warna gelap. Ok beli la 2 helai untuk Dania. Satu warna hitam seluar kargo dan seluar cotton warna coklat. 


Dania tanya ummi nak tak aiskrim?. Dania kata takpe Dania belanja....moga murah rezeki Dania ya....dah dapat kerja pulak tu. 


Makan aiskrim dulu kat kolam ni sebelum bertolak balik. 


Tak sangka la pulak dapat kerja hari Dania habis final paper ni. Lenggang kangkung tak bawa apa....tanya je terus dapat. Moga nanti Dania habis degree nanti macam ni juga....terus dapat kerja walaupun belum grad....aamiin. 

Nak kena selesaikan buku akaun Dania dulu. Dokumen lain semua dah siap dah....sebab dah pernah kerja jadi tak payah nak submit resume. Gambar pun tak payah bagi dah.  Lepas tu masa jalan nak balik ada phone call rupanya dari Kak Aini nak pesan suruh Dania bawa fotostat IC. Kak Aini call Dania tak angkat tapi terkejut juga call saya rupanya masih ada rekod contact emergency. Oh Dania letak nama saya dulu masa kerja tahun 2022. 

Alhamdulilah untuk hari ini. 





XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1852