****me telah menjadi guest blogger di blog Eyriqazz. Ni entry yang me tulis :-) Thanks Eyriqazz kerana telah memberi me peluang yang kedua. :-) Peluang yang pertama di entry INI.
Fear Factor Selebriti Malaysia kini bersiaran di Astro Ria saluran 104, setiap hari Sabtu jam 9 malam dengan penampilan aktor gagah perkasa yang terkenal dengan siri Adam Hawa, iaitu Aaron Aziz. 30 selebriti tempatan akan melakukan aktiviti cabaran lasak. Pemilihan aktor Aaron Aziz bertepatan kerana faktor dapat menarik penonton terpaku di depan kaca TV.
Pilihan selebriti yang dapat memberikan saingan sengit bagi me ialah Mejar Dr Faiz Khalid yang berpasangan dengan aktor Jehan Miskin. Pasangan yang bagi me terkuat di saingan Fear Factor. Bukan calang calang oh….angkasawan kedua negara tu
Jehan pulak dengan badan sasa……selalunya persepsi kita mereka yang berbadan sasa pasti kuat kan?

Me juga teruja untuk melihat Dazrin Kamaruddin aktor dalam Adam Hawa. Err penangan Adam Hawa begitu kuat dalam jiwa ye. Sejujurnya me ikuti cerita ni. Mungkin juga tagline Dazrin : Lelaki kacak pun boleh mengatasi cabaran ketakutan diri tau…..
Jangan memperkecilkan pasangan Ajak Shiro dan Elfira Loy. Alahhh manisnya adik ni. Boleh ke dik? Haaa kalau nak tahu….kena saksikanlah nanti….tangan wanita yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia yek….
Kalau melihat aksi iklan Aaron Aziz kat TV, ada cabaran ketinggian, cabaran haiwan berbisa, cabaran air….fuhhhh menarik sungguh. You alls dah tengok ke promo Fear Factor? Memang penuh dengan kejutan. Cabaran untuk mengatasi ketakutan kita. Me takut ketinggian. Opps haiwan / serangga pun tidak la ye….
Jom kita saksikan debaran, cabaran terhebat di Fear Factor Selebriti Malaysia Pastikan temu janji anda setiap Sabtu, 9 malam bermula 29 Disember 2012.Siapa yang bakal memenangi hadiah utama RM200,000 Fear Factor Selebriti Malaysia? Bahang keterujaan Fear Factor Malaysia kini dibawakan khas oleh Astro siaran 104. Info selanjutnya layari https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia
* Entri ini adalah hasil nukilan dari Penulis Jemputan yang dijemput oleh Eyriqazz iaitu Ezna Binti Ahmad Khalili yang menulis di http://www.eznakhalili.com/