Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Permulaan yang baru buat Dania

$
0
0

Saya pernah cerita yang Dania ada pergi jumpa Penasihat Akademiknya. Tujuannya nak bincang pasal pertukaran program la. PA Dania tak tanya pun kenapa nak tukar tapi main concern kena tengok keputusan Sem 2 dulu yang saya kata Dr. Ju dah boleh tengok dah masa tu keputusan Dania. 28 Ogos masa jumpa tu keputusan dah memang ada. Rasanya Timbalan Dekan dah boleh tengok la. Keputusan peperiksaan rasmi keluar pada 13 September 2024. Kemudian, bila Dr. Ju tengok keputusan keseluruhan, Dr. Ju kata ok saya akan luluskan permohonan. Alhamdulilah Dania kata dan siap bersalaman dengan Dr. Ju lagi haa....cuma Dr. Ju ada tanya memang Dania minat haiwan ke?. Akhirnya Dr. Ju awal2 dah cakap All the best dekat BSH (Bacelor Sains Haiwan). Tak nak happy sangat sehingga dah dapat surat kelulusan barulah confirm kan....

Kami pergi masa ni masa Dania off day kerja. Nak kena jumpa awal supaya nanti feedback nya samada boleh tukar atau tak bergantung pada hari jumpa PA Dania ni. Nak kena tunjuk muka, berbincang barulah boleh tukar. Ikutkan penukaran program ni buat online je. Tak jumpa pun ok je tapi lebih proper kita jumpa dulu kan. 

Pada mulanya Dania nak teruskan ajer dalam Sains Perniagaantani ni tapi saya takkan la nak biarkan Dania dengan hati tak tenang nak teruskan program dia sehinggalah saya kata kalau ada peluang tukar program nak ke?. Dania kata nak tapi berbelah bahagi takut ummi dan ayah tak setuju. Kalau macam tu saya minta Dania belajar bersungguh-sungguh sebab nanti barulah orang nampak kita. Senang la kalau nak tukar program. Bukannya tak boleh buat program sebelum ni tapi tu lah minat tu....Boleh je saya diamkan je mesti Dania teruskan ajer tapi bagi saya tak adil la kan. Biarkan Dania pilih apa yang Dania betul2 minat. Kat UPM ni pertukaran program dibenarkan setelah selesai 1 tahun atau 2 semester. Boleh juga setelah 2 tahun atau 4 semester. Kalau kat UKM, semester 2 tu dah boleh tukar. Sama juga kat UIA. Ni atas pengalaman kawan saya ya.

Kalau Sains Perniagaantani ni lebih kepada nak menguruskan perniagaan pertanian seperti akuakultur, ternakan, tanaman, perladangan. Ada aspek business, agriculture. Manakala Sains Haiwan pula lebih kepada haiwan itu sendiri. Anatomi haiwan itu, sains babi, sains tenusu dan semua yang berkaitan dengan sains. Elektif pula boleh pilih nak belajar pasal genetik haiwan, pengurusan ekuin (kuda), pemakanan haiwan gunaan, hidupan liar dan haiwan rekreasi, logistik dan rantaian produk bekalan ternakan dan banyak lagi. Ada kawan Dania yang program Sains Haiwan ni bagitahu kena bedah kambing dan tengok otak dan dalam badan dia, ada juga kena seluk bon bon lembu sebab nak tengok bahagian dalam perut dia. Sains Haiwan ni bukan Dr Haiwan ya. Veterinar tu Dr Haiwan. Ada orang silap faham juga. Kalau Sains Haiwan ni 4 tahun. Veterinar pula 5 tahun. 


Kemudian, pada 2 Oktober 2024, keluarlah keputusan tukar program ni. Kalau sebelum ni diletak 'dalam proses', sekarang ni diletakkan 'lulus'. Alhamdulilah. 

Kursus Sains Perniagaantani tu masa Dania nak mohon ke Fakulti Pertanian tu merupakan pilihan Dania yang No. 2. Pilihan Dania yang pertama ialah Sains Haiwan. Tapi....bukan semua orang laluannya lurus je, kadangkala bengkang bengkok jugak kan?. Rezeki kat Sains Perniagaantani dan kebetulan dapat pula PA yang merupakan Timbalan Dekan di Fakulti Pertanian. Nak dijadikan cerita juga Dr. Ju yang akan meluluskan pelajar yang nak bertukar program. Mungkin ada hikmahnya Dania dapat PAnya Dr. Ju ni. 

Surat pula dikeluarkan oleh bahagian kemasukan. Ada nama Mohd Firdaus Bin Zakaria. Dah jumpa dah last year masa Dania masuk Fakulti Pertanian. Rupanya En. Firdaus ni senior Dania....ambil Sains Perniagaantani jugak kat UPM ni tapi pernah kerja kat luar negara juga jadi education attache. Saya dengan selamba tanya berapa CGPA dapat masa course ni?. Haha....selamba tak saya? Takde hal punya 😆. Biarlah off record ya. Siap bagi tips belajar untuk course ni jugak. 


Pada 9 Oktober 2024, Dania ada pergi Fakulti Pertanian sebab ada pendaftaran kursus untuk pelajar baru sesi 2024/2025. Nama Dania dah ada dalam senarai program Bacelor Sains Haiwan Dengan Kepujian. Alhamdulilah...Alhamdulilah...Alhamdulilah...

Dah mula whatsapp ummi apa2 kat Fakulti walaupun saya tak tanya pun. Ayah Dania tanya saya macamana Dania happy ke tak?. Saya kata kalau tak tanya pun boleh whatsapp tu memang happy la tu. 😃. Ada Dania cerita junior masa kat Sek Men sama-sama Pengawas dengan Dania pun sekelas dengan Dania. Masa tengah jalan-jalan terkantoi dengan kawan sekelas yang jadi photographer. Dia kata Eh?. Dia pun tahu yang datang sini semua pelajar baru kan?. Dan dia pun AJK Persatuan Sains Perniagaantani. Apa pulak bukan AJK datang sini kan....

Ada seorang Pegawai Tadbir nampak Dania kat dewan kata Dania tukar course ya?. Ingat lagi nama Dania sebab tahun lepas beliau panggil Dania dengan nama 'Diana'. Siap cakap jangan lupa ambik makanan tengahari nanti. Alhamdulilah. Errr tapi Dania tak ambik pun sebab lepas je sesi pagi Dania terus balik sebab sesi petang tu ada pasal peluang mobiliti, taklimat hal ehwal pelajar dan meet and greet bersama pengurusan fakulti yang Dania dah pernah pergi pun taklimatnya last year. 

Dania masa pergi Fakulti Pertanian ni pakai tudung Fazura yang saya beli kat KLCC. Lepas tu sekarang ni 'hot' pula cerita Fattah Fazura ni jadi Dania kata dah la semua penjuru tudung ni ada nama Fazura. Jenuh Dania sorok nama Fazura tu 😅. Tapi....ummi rasa ada satu terlepas. Hehe....kat belakang tu nampak nama 'Fazura'. Ni memang tak boleh nak sorok la tu. Depan dah tersorok dah. 😁


Jadi Dania tinggalkan kenangan dapat Anugerah Dekan untuk 2 sem berturut-turut dan move on to a new adventure. Masa jumpa PA baru Dania tadi, Dr. Aida ada bagitau...kalau nak ambil Masters selepas ni terus sambung belajar sampai PHD. Tingginya tu....Kali ni jika Degree ni kat UPM dapat CGPA first class upper, ada fast track terus ke program PHD. Tak payah ambik Masters dah. Untung juga ya....kalau kat UPM, first class upper kena dapat 3.75 dan ke atas. PA Dania ni specialized dalam Wildlife Genetics (Genetik Hidupan Liar). 

“Your dream doesn’t have an expiration date. Take a deep breath and try again” 
- bak kata Khairul Aming dalam IG beliau.

Moga dipermudah semuanya.....doa ummi dan ayah sentiasa mengiringi Dania. Ummi dan ayah akan sokong Dania dari belakang. 

***Nak kena apply pengecualian kredit untuk 14 jam kredit pula tapi online ajer. Syaratnya kena B+ ke atas. Alhamdulilah Dania lepas requirement ni. 😉






XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854