Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Bagaimana nak report ke Poslaju jika penerima item bukan diri kita?

$
0
0

Saya ada beli item dari Hooga untuk kawan saya sebagai hadiah house warming. Selalunya saya akan track sampai la item tiba kepada penerima. Bila check, item ni sepatutnya dihantar ke Kuala Lumpur, dah tiba Kuantan pulak. Apa lagi melompat la saya. 

Credit : Pos Malaysia 

Apa nak buat jika kita nak buat report tentang item yang penerimanya bukan kita?. Kadang kita beli dari A kemudian item tu nak diposkan ke kawan kita / sesiapa la. 

1. Pergi ke ruangan livechat website Pos Malaysia. Mulanya kita akan bercakap dengan robot sehinggalah kita ada persoalan lagi. Kali ni customer service akan handle. 

2. Screenshot billing address dan shipping address dan kena ada nama tempat kita beli tu. Dalam kes saya Hooga. Hantar melalui ruangan chat. Sebab apa buat macam ni? Nanti customer service akan tanya adakah kita penerima item bernombor ERDxxxxxxxxxMY. Ikutkan hanya penerima sahaja boleh report itemnya atau pengirim. Kes di sini kita yang bayar item tu untuk di pos kepada kawan kita. Kiranya pengirim dan penerima bukan kita. 

3. Kena isi detail seperti : 
Wakil penerima: No Telefon: Emel: Nama Penerima: No Telefon Penerima: Alamat Penerima : Jenis Item : Kuantiti : Warna : Jenama: Saiz :

4. Kita diberikan nombor laporan. Tunggu 3-4 hari kalau item tak tiba lagi boleh la menghubungi semula Pos Malaysia di 1 300 300 300 atau melalui livechat Pos Malaysia. Saya prefer livechat lagi. Kalau telefon tu malas betul saya nak menunggu.

___________________________________________

Nama customer service yang bantu saya ni Yasmin. Eh eh macam nama anak sendiri. Hehe. Ada bagitau Yasmin dan akhirnya Yasmin pesan Jaga Diri! 😀

Credit : Pos Malaysia


***Dalam website Pos Malaysia ni walaupun hari ni dah 6 jan 2025, tak berupdate. Masih 4 Jan 2025. Bila saya buat report...eh eh terus ada update item dah kat Kota Damansara pada 6 Jan 2025. Check lagi....eh eh dah sampai Pusat Mel Taman Tun dah....harap2 bukan TTDI Shah Alam tu pulak ya....ni TTDI Kuala Lumpur. 😅. Boleh pun.....nak kena report baru item tu jalan laju sikit ya?. 





XOXO,
Ezna



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853