Dania sekarang ni tengah mengikuti online mobility dengan Hanyang University, Korea. Apa maksud online mobility ni? Maknanya belajar online tentang kursus yang dipilih tanpa perlu menghadirkan diri ke Hanyang University di Korea. Pengajaran akan disampaikan oleh Professor di Hanyang University. Ada ditawarkan juga untuk belajar di Hanyang University tetapi timing tak ngam. Kena masa Dania ada kuliah. Kalau boleh tak nak kacau sebab Dania baru tukar program baru kan...
Ada 6 kursus yang ditawarkan iaitu:
1. Korean Studies (From Old Boy to Squid Game : Navigating the Korean Social Wave)2. Korean Language
3. Business (Marketing)
4. Business (Microeconomics)
5. Engineering (Revolution in Science & Technology)
6. Humanities (UN Sustainable Development Goals to Social Innovation)
Dania telah memilih kursus No. 1 dan ini silibusnya. Dania pilih subjek movie. Ni kalau peminat movie Korea ni mesti best pilih ni. Sekarang ni pun Dania maraton Squid Game 2 supaya nanti boleh la jawab soalan dalam exam nanti. Boleh la bagi pendapat ke, nak kritik ke....ada juga belajar pasal movie Squid Game (2021), Parasite dan Train to Busan. Lecturer juga ada minta untuk menonton Crash Landing On You dan The Host. Kebanyakkan filem atau drama Korea ni Dania dah tonton.
Credit : HIWS
Setiap pelajar akan menggunakan portal pelajar Hanyang University seperti ini.
Credit : HIWS
Dania juga officially adalah pelajar Hanyang University. Nombor pelajar juga turut diberikan. Kiranya sama dengan pempengaruh bernama Sabrina Azhar (jpbrinx) dan ada beberapa lagi pelajar Hanyang yang saya kenal seperti Nuryna dan Dayangku Zulaikha.
Credit : HIWS
Dalam 100++ orang juga yang join kursus yang Dania pilih ni. Pelajarnya ramainya dari negara China kalau tengok nama.
Credit : HIWS
Kena tengok slides dan video pengajaran dari Professor Dr. Jason Bechervaise yang merupakan seorang Professor dalam bidang perfileman di Hanyang University dan juga seorang pengkritik filem Korea.
Credit : HIWS
Kalau slides tu kena tengok sampai habis ya. Tak boleh cepatkan lebih daripada 2x speed dia. Kalau tak dikira menipu. Memang kehadiran akan ditandakan.
Credit : HIWS
Akan ada juga quiz dan peperiksaan juga sebelum dikurniakan sijil.
Credit : HIWS
Dan kena la selalu alert tentang announcement dari Prof Jason. Bab ni kalau Dania ni memang sistematik jadi tak payah risau. Insya allah.
Credit : HIWS
Sijilnya diperakui oleh UPM sebagai sijil antarabangsa dan akan mendapat merit yang tinggi juga. Dania dah inform dah Fakulti nak ambik mobiliti ni dan Fakulti pun bersetuju. Kalau mobility ni pelajar boleh ambik bebas. Ada yang pilih kena ambik kursus macam Dania, ada yang cultural excursion, belajar bahasa asing dan macam-macam lagi la. Habis mobility nak kena buat report apa yang dipelajari.
Mobility Dania dalam 2 minggu. HIWS ni boleh join khas untuk pelajar ijazah sahaja. Kena attach surat penerimaan Universiti kita bila apply online nak join HIWS ni. Oh ya...Bahasa Inggeris yang digunakan sepanjang pengajaran. Professor Dania pun asalnya orang UK. 😊. Nama beliau, Professor Dr. Jason Bechervaise. Beliau ambil PHD di Hanyang University. Kalau google ada la muka beliau dengan Pengarah filem Korea, kritikan beliau tentang filem etc.
Kalau ke Hanyang University, inilah rupa Hanyang University. Cantik bangunannya.
Ada 42 video pengajaran yang kena tonton (belum masuk slides etc lagi tu). Ada midterm exam menyumbang sebanyak 45% markah dan 45% markah dari final exam. Lagi 10% kehadiran. Kena komited dan kena tengok semua video sebelum tarikh yang ditetapkan. Bila selesai semuanya....sijil dari Hanyang University akan diberikan.
Moga dipermudah buat Dania sepanjang mobility online ni.
XOXO,
Ezna