Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

A&W, FamilyMart & Llao Llao

$
0
0

Lepas membeli-belah di Beauty Cosmetics Mid Valley tu kita mencari la nak makan apa. Akhirnya Dania teringin nak coney dog A&W pulak. Takpelah sebelum puasa ni makan la apa yang teringin. 

Sama je ummi dan Dania pilih Chicken Coney Dog ni. Ada air A&W float. Takde pulak gambarnya. 


Solat dulu kat sini. Surau dia sama level dengan A&W. Lepas tu singgah pulak washroom ambik wefie depan cermin. 


Ni tumpang ambik gambar dengan pizza gedabak besar ni. 


Singgah pula FamilyMart ni. Dania belanja ummi ice cream. Thank you Dania. 


Dania singgah sini beli Llao Llao. 


Lepas tu makan-makan dulu ice cream depan Dressing Paula....ada tempat duduk. Ambik gambar Soda ni sebab Dania kata cute standee kucing depan Soda. 😅. Jam dah 3 lebih petang masa ni. Nak balik la. 


Tunggu Komuter kat Mid Valley. Bagus Mid Valley ada Komuter direct berhenti kat sini. Nampak tanda pink kat jalan tu?. Kawasan ni hanya perempuan / wanita je boleh duduk. Lelaki kena duduk tempat lain. Ada juga tempat duduknya bukan tak ada. 


Ini kerana, koc wanita akan berhenti betul2 tanda pink ni. Balik, saya dan Dania naik koc warna pink. Hanya untuk wanita. Rasa lebih selesa. Kadang-kadang orang luar ada je kat koc ni. Mungkin tak faham atau buat-buat tak faham tak sure la kan...


1 station je ke KL Sentral...kemudian ambik ERL pula menuju ke Putrajaya. Dari ERL KL Sentral ada 2 station nak sampai ke Putrajaya. Berhenti di station Bandar Tasik Selatan dulu sebelum ke station Putrajaya. Kekerapan ERL dan Komuter ni berbeza. Kalau waktu puncak kekerapan dia dekat sikit. Kalau bukan waktu puncak, masa menunggu tu lama sikit. 

Senang naik public transport lagi kalau nak ke Kuala Lumpur. 





XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853