Bulan 3 ni birthday hubby. Kena mencari barang yang tak ada lagi. Kalau wallet dah beli dah birthday sebelum ni.
Saya dan Dania ke Jakel la. Jakel ni kat bangunan Ostia Bangi.
Dania dengan baju melayu Fattah Amin. Sebelum ni baju hubby dari Aaron Aziz dari Jakel juga. Nak cari yang bukan slim fit tu dan yang Dania pegang ni tradisional pesak. Inilah Fattah Aminnya. Tak jumpa tuannya. 😅
Kat bahagian ni semua baju melayu. Ada la display baju ni untuk kita tengok saiz dan rasa fabriknya.
Dah cari baju hubby, cari pula sampinnya dapat sekali dengan baju melayu. Nak kena cari yang kena dengan baju.
Kurta pun ada dijual juga.
Cari juga baju batik untuk hubby. Harganya boleh turun lagi kalau deal dengan promoter.
Warna ni terang sikit.
Warna ni lembut sikit.
Warna kuning ni pun cantik je bagi saya.
Corak yang macam ni buat mereka yang berani.
Warna kuning yang ni terang sikit. Ada corak berbunga juga.
Ha tudia....yang tadi batik berlengan pendek. Ini pula lengan panjang.
Kami ke tempat baju melayu lagi nak tengok-tengok sebelum bayar.
Warna hijau ni lembut je.
Warna ungu gelap.
Ni warna ungu lembut.
Biru muda tapi terang juga warna ni.
Ramai juga yang membeli-belah kat sini.
Ni RTW Ariani. Dalam Jakel ni ada brand Ariani dan Hajra juga. Saya rasa company yang sama la kan?.
Cantik baju merah bawah ni sebab ada percikan cheongsam.
Sweet warnanya ni.
Lagi warna pink.
Ini pula warna senada iaitu beige, kuning dan putih.
Dah cari apa yang nak dicari kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya....
XOXO,
Ezna