Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Ke Jakel dan Kedai Acheh

$
0
0

Sehari selepas beli baju melayu kat Jakel ni, nak kena pergi tukar saiz pulak. Jadi saya pergi sorang la kat Jakel. 

Warna yang nak tu boleh takde kat tempat banyak-banyak ni jadi staff ambil kat stor. Dia bawak keluar 3 kotak. Kalau tak ngam dengan saiz, boleh je tukar sehingga malam raya katanya tapi kalau tukar lambat takut pulak saiz kita nak tu dah tak ada kan....


Ingatkan Fattah Amin ni ada Traditional Pesak je tetapi cutting Modern Fit pun ada. 


Ni masa saya nak turun nak balik ni. Lalu Hajra dulu. Terjumpa Dayana yang cantik manis ni. Rupanya Dayana ni adik kepada kawan Dania. Patutlah dok tersenyum kat Aunty. Boleh pulak dia cam saya dan katanya pernah nampak aunty berborak dengan ayahnya. Sebenarnya saya baik dengan atuk Zalilah. Atuk Zalilah ni yang baik dengan ayah2 kawan2 Dania jadi tu yang kenal tu. Kakak Dayana ni nama Darwisyah dan pernah sekelas dengan Dania. Berborak time tunggu anak masing-masing depan sekolah. 

Dayana tengah layan customer...hehe sibuk je Aunty Ezna pun. 


Ni kawan Dayana bernama Alisya yang layan saya membeli tudung. Mulanya saya tanya Alisya sekolah kat mana? Bila dia cakap SMK Jalan Empat....saya cakap anak Aunty pun sekolah situ. Eh eh Dayana menyampuk kata saya tahu anak Aunty sekolah situ. Hehe. Time tu saya interview nama kakak dia sebab Dayana kata kakak dia pun sekolah situ jugak. 

Alisya ni layan saya sebab nak beli tudung untuk anak saudara dan kakak ipar. Kejap pilih tu rasa tak nak pulak...pilih yang lain...nak yang lain pulak. Susah betul nak buat pilihan. Lagi pun nak belikan hadiah untuk orang kena betul-betul puas hati. 

Mereka ni bekerja Part Time sementara menunggu keputusan SPM diumumkan. 


Ingat kot singgah Jakel ni nak tukar baju melayu je...meleret beli tudung pulak untuk orang lain. 😅

Balik tu, saya singgah beli kat kedai Acheh. Ada barangan untuk masakan berbuka nanti. Saya beli timun, daun salad dan buah tomato. 


Beli Koay Teow juga. 


Pilih pilih jangan tak pilih. 


Beratur nak membayar ni tapi tak ramai pun orang. 


 Nanti tengok apakah masakan berbuka kami sekeluarga. 😁





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854