Sehari selepas adik ada forward pasal bazaar terbesar di lembah klang dengan lebih 300 vendor, terus esoknya saya dan Dania pergi. Tapinya saya sediakan masakan berbuka dulu 2 jenis sebelum ke sini. Parking sebelah Pejabat Imigresen di Putrajaya. Kena menapak sikit la.
Seronoknya kalau shopping kat sini ialah, ia dalam kanopi panjang. Terhindar dari panas matahari atau hujan dan dalam ni ada aircond. Nyaman je.
Ada booth tudung.
Booth baju.
Haaa Dania dah mula memegang dah tu. Berkenan la tu. 😅. Sekarang ni kurung modern dah macam-macam gaya.
Rupanya kanopi memanjang ni cuma menempatkan jualan kering ajer bukan ada Bazaar Ramadan yang makanan tu. Sini kuih raya adalah. Bazaar Ramadan jualan makanan kat sebelah masjid besi. Jadi, kami jalan kat dataran yang luas ni. Ada yang bentang picnic blanket ni nak berbuka dengan kawan-kawan.
Di sepanjang jalan nak ke Masjid Besi ni disediakan meja dan kerusi untuk berbuka. Kubah Masjid Besi dah nampak dah depan tu.
Bestnya kalau berbuka tepi air pancut ni. View dia cantik. Nampak ada juga jualan makanan kat sini.
Next entry, jualan makanan di Bazaar Ramadan pula. Cakap dengan Dania kena datang lagi nak cuci mata kat tempat bazaar pakaian tu. Hari ni tak sempat nak cover. Cuma tumpang lalu je dalam tu.
XOXO,
Ezna