Umum tahu yang rakyat Palestin di Gaza perlukan sumber kewangan untuk membina semula negara mereka disebabkan kerakusan tentera Isra** yang merampas tanah mereka. Habis semua sekolah, masjid malahan universiti di bom. Rakyat biasa pun ramai yang mati begitu sahaja tanpa perasaan belas. Berapa ramai rakyat Palestin yang mati syahid. Walaupun ramai yang mati syahid....ramai juga yang masih memerlukan bantuan makanan, pakaian, tempat tinggal.
Pada 8 Mac bersamaan 7 Ramadan, diadakan kuliah zohor bertajuk bangunkan jiwa takwa. Kuliah Zohor disampaikan oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor selaku penulis buku dan penasihat MyCare.
Ada juga diadakan infaq untuk pembangunan Gaza. Infaq dari Surau Ar Ridhwan iaitu surau berdekatan dengan rumah kami....ada disediakan tabung di surau untuk para jemaah infaq beberapa hari sebelum kuliah ini diadakan. Kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah sebanyak RM16,000. Alhamdulilah. Yang AJK berbaju merah Hj Khir ni selalu join dengan hubby kalau ada event berbasikal terutamanya di Putrajaya.
Surau rumah kami ni ramai yang pemurah dan bermurah hati untuk menginfaqkan hartanya. Alhamdulilah. Moga Allah gandakan pahala infaq di bulan ramadan.
XOXO,
Ezna