Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

The Art of War | Sun Tzu

$
0
0

Bila lecturer Agricultural Entrepreneurship minta beli reference book bertajuk The Art of War ni. Penulisnya Sun Tzu ialah seorang askar cina berpangkat general di tanah besar cina. Hari yang Dania kata lecturer suruh beli, hari tu jugak saya beli. Boleh juga beli yang PDF. Lagi murah semurah 69 sen je tapi Dania lebih suka guna buku fizikal. 

Dah tiba dah bukunya. Saya beli kat shopee je. Ada banyak versi ya. Diterjemah juga sebanyak 200 bahasa jadi kena pilih buku yang betul. Macam ni saya pilih harga yang ok lah sebab ada jugak harga yang mahal sangat. Paling penting diterjemah ke bahasa inggeris. Ada juga bahasa Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Itu saya kata banyak versi. Harga buku ni RM15 dan saya dapatkannya dari kedai Shopee 'Mr Book'. 

Nukilan asalnya berbahasa cina. 


Inilah bukunya dan dapat juga book mark meow. Macam tau tau je yang nak baca ni suka meow. 


Ketebalan buku ni. 
Credit : Google

Besarnya cuma sebesar tapak tangan je. 


Intipati dalam buku dengan kertas lembut. Saya suka la bau kertas dia....


 Buku ini berkisar apa?

Tentang bagaimana taktik peperangan dan nak menjadi seorang pemimpin. Bagaimana kita memimpin kumpulan kita?, ada juga teknik nak mengenali musuh dan diri kita, ambil peluang jika ada kesempatan, tahu masa bila nak bertempur dan bila masa nak menunggu. Satu point yang menarik saya rasa tentang 'elakkan konfrontasi berdepan / langsung jika boleh'. Apa maknanya? Mungkin maksudnya jika berdepan, akan mencetuskan pergaduhan / pertelingkahan yang lebih besar jadi lebih baik elakkan konfrontasi. 

Saya rasa buku ni boleh ajer digunapakai oleh orang biasa. Tak semestinya seorang tentera sahaja. Intipatinya boleh digunakan untuk kehidupan kita sehari-hari. 






XOXO,
Ezna

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853