Masa 2-3 hari lepas me keluar paper kat Harian Metro, me ada singgah Petronas kat area Puchong. Niat di hati nak makan ice cream dengan Dania kat dalam Petronas tu. Masuk je pintu tiba2 3 orang petugas warga Bangladesh senyum kat me. As usual me senyum la. Memang petugas orang Bangladesh tu kenal me, Dania dan hubby sebab dulu memang duduk area situ. Sekali seorang petugas tu kata masuk paper ya?. Me pun nak cover segan tu me cakap a'ah. Cam ye?. Pastu petugas tu kata kenal adik (merujuk kepada Dania) Dania pun sengih la. Kenal abang. Wah banyak untung kakak menang k_ _ _ _ _. Nak cover segan tu me ambik la contest form kat situ. Hehehe. Dengan muka cool makan la ice cream dengan Dania kat situ.
Me masuk paper tu pun sebab ada kawan yang passkan nama me. Ada juga terdengar orang yang ayat ayat tu berbaur dengki. Ishhhh apalah yang nak di dengki tu? Me bukan sesape pun. Cuma surirumah ajer. Ini pun boleh jadi isu. Me sampai sedih sampai keluar jugak la airmata. Kata nanti ada spy yang .......... me. OMG sampai macam tu sekali. Bangsa kita ni memang tak boleh lari ye dengan PHD ni?.
Me rujuk kawan me yang kerja government Lin. Tau apa dia kata? Pendapatan Ena pun bukan tetap kan? Biasalah Ena kalau buat baik pun orang dengki, buat jahat apatah lagi ye tak?. Ada sms dari kawan lama me Lily kata U worked hard for it Na...u definitely deserved it all. And ada yang me sms kawan dan PM tanya itu ini jugak thank you atas nasihat yer.
Masuk peraduan ni adakalanya kita dapat coverage kat Majalah. Kebetulan masa me menang Johnson & Johnson Suami dan Si Manja Semakin Sayang, me + family keluar 3 majalah iaitu Nona, Keluarga, Wanita dan esei me dijadikan Telemovie. So me pun keluarlah di akhir telemovie ni bagitau macamana me menang. Keluar kat TV3 dan TV9. Semua ni sebab termaktub dalam perjanjian kalau masuk peraduan ni kena pergi promo Johnson & Johnson. Kalau tak setuju me tak menanglah Grand Prize ni.
Coverage pasal me menang peraduan ni bukan pertama kali. Ada 2 majalah buat coverage me kat Pa&Ma danMajalah Keluarga. Me terbabit dengan Majalah Pa&Ma bukan baru. Sejak zaman Dania kecik lagi. Ni masa Dania jadi model kanak2 dalam Pa&Ma Dapat jadi model pun sebab Kak Liza Ali nampak Dania masa Dania jadi model kalendar Wyeth sebab menang Si Manja Bermata Menawan. Dania dapat No. 1 so jadi model untuk kalendar Wyeth. Kak Liza Ali masa tu editor Majalah Pa&Ma. Bila kita dah selalu deal ngan Majalah ni automatik kita akan dikenali oleh wartawan. Mungkin sebab me ni ringan mulut so mereka pun kenal. If anything nak minta tolong, me akan tolong. Dania pun pernah masuk MajalahKeluarga juga. Masa tu umur 4-5 tahun.
Nak tekankan kat sini bukan pertama kali me masuk paper kalau nak jeles pun.....:-( Bukan me yang cari tapi wartawan yang cari. Kalau jeles pm me...me pass nombor wartawan. Tak citer lagi ada satu restoran yang dikatakan 'halal' nak me masuk dalam website dia. 2-3 kali production house tu call me. Dia kata producer dari Singapore nak jumpa me kat ........ shooting setengah hari kat ........dan dapat RM....... Me tak nak sebab restoran tu memang takde halal Jakim. Alehnya bila PIC production house ni call me tak angkat....ishhh kan me kata me tak nak. Production house ni tau sebab me dan Dania pergi audition untuk rancangan game show ibu dan anak.
Kawan-kawan pun macam2 jenis jugak. Nampak baik menyokong kat belakang tak setuju. Ini lumrah. Takpe....as long as me tau me bukan buat benda yang salah. Yang menyokong thanks yer. Yang tak senang duduk tu teringin nak soh paper buat coverage message me ke aper ke. Income me dalam masuk peraduan ni pun bukan tetap. Me dapat benda. Sikit sangat la me dapat wang tunai. Err yang me menang pun bukan selalu okay. Kalau nak kata income me banyak kat blog ni. Dipersilakan tanya Nuffnang. Ranking gamaknya yang tercorot sekali.....
Me tau me bukan layak mereka interview. Ramai lagi comper kat luar sana yang menang banyak lagi pada me yang patut paper highlight tapi me yang dapat peluang itu. Sekurang-kurangnya dapat juga bagi warna kat kehidupan me yang sinonim dengan duduk rumah, jaga anak etc. Ada benda yang me boleh cerita nanti. Peraduan tak boleh dipisahkan pada kehidupan me.
Me tau me bukan layak mereka interview. Ramai lagi comper kat luar sana yang menang banyak lagi pada me yang patut paper highlight tapi me yang dapat peluang itu. Sekurang-kurangnya dapat juga bagi warna kat kehidupan me yang sinonim dengan duduk rumah, jaga anak etc. Ada benda yang me boleh cerita nanti. Peraduan tak boleh dipisahkan pada kehidupan me.
****sorry....luahan hati kali ni panjang sikit.