Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Moga berjaya anakku

$
0
0
Semalam masa balik sekolah, Dania dah pakai vest warna ungu ni. Senyum lebar Dania. Vest ni diberikan sempena mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan percubaaan UPKK di Sekolah Rendah Agama. Dania cakap dengan saya pakai vest ni adalah salah satu doa yang dibaca setiap kali lepas solat dhuha di Sekolah Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Dania buat solat Dhuha seminggu sekali pada waktu Dhuha. Dania kata doa waktu Dhuha mustajab ummi....nampaknya ummi dah kena ajar ni...hehe


Calon 8A UPKK. Vest ni cuma ada 60 ajer untuk Calon UPKK. Sekolah Rendah Agama Dania ni memang target 60 orang pelajar dapat 8A dalam peperiksaan UPKK Tahun 2015. Selain daripada itu setiap murid Darjah 5 kena pakai button badge bertulis 'Saya Calon 8A UPKK 2015. Doakan!'. Peperiksaan Percubaan UPKK 2015 ni sampai 3 kali tu. Memang sekolah ni target tinggi peratusan tu. Sekolah lain ada yang ambik peperiksaan ini cuma sekali. Ikut sekolah agaknya......


Saya letak jadual peperiksaan UPKK 2015 ni so senang nak refer kemudian hari. 


Jadi......aunty, uncle, kakak, abang, kawan-kawan dan semua....doakan 
Dania Yasmine calon 8A Peperiksaan UPKK 2015 Ya??

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854