Selalunya hubby tak kerja hari sabtu. Disebabkan project IT nak kena go live 1 Januari 2018 ni maka team hubby kena datang kerja. Makanya pergi kerja pagi, baliknya dalam 8 malam macam tu. Fuhhh bekerja keras untuk project ni. Moga berjaya go live nanti...Insya Allah.
Maka, lepas hubby balik ajer terus pergi makan. Hubby nak makan kat Serai jadi saya cadangkan Serai kat Jaya Shopping Center, Petaling Jaya. Tak la dekat mana. Jauh jugak dari rumah. So...here we are Serai di Jaya Shopping Center. Jaya Shopping Center ni tempat saya shopping dengan mama papa masa kekecik dulu. Tangga masa tu jenis berpusing. Sekarang ni escalator lah.
Ni saya punya. Thai Spicy Nasi Goreng. Memang spicy pun. Ada ikan bilis, telur, kerabu mangga, yang tu rasanya serbuk belacan agaknya.
Rasanya lebih kurang dengan yang ni tapi kurang sikit bahan berbanding yang kat Thailand. Thailand punya so sedap!!!
Spaghetti Carbonara ni Dania punya. Saya rasa memang lemak berkrim. Kalau yang suka cheesy and milky boleh try ni. Saya makan sekali dah ok dah. Bukan penggemar rasa lemak2 ni...
Hubby pilih Nasi Ambeng. Ada ikan masin 2 ekor. Seekor saya punya.
Selain tu 2 ice water dan 1 teh tarik.
Selain tu 2 ice water dan 1 teh tarik.
Dessert kami order pisang goreng maple syrup + ice cream.
Dessert kedua.....pavlova....
Total bill dalam RM100++ sekali sekala ok lah. Selalu sangat bocor poket hubby. Hee Hee....