Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Weekend getaway sebelum cuti sekolah

$
0
0
Percutian singkat ni dirancang sebelum cuti sekolah sebab tak mau bersesak-sesak ke tempat pelancongan jadi sabtu lepas bermulalah percutian singkat kami itu. Lepas breakfast berdekatan dengan area rumah, kami pun memulakan perjalanan ke Melaka. Tiba Melaka jam 12 tengahari kemudian kami check in ke Hatten Hotel. 

Booked kat website Hatten, Junior Suite Twin dengan keluasan 33 sqm  tapi kami punya bilik kena upgrade jadi Premier Junior Suite Twin dengan berkeluasan 37 sqm. Tak payah bayar lebih sebab Hotel yang upgrade bilik. Kira rezeki kami lah. 

Kita tengok biliknya pulak ye. Bilik dibahagi dengan pembahagi cermin untuk ruang tamu dan ruang tidur. Dania dah sibuk nak explore bilik ni. 


Boleh ke website http://www.hattenhotel.com/ untuk check it out. 


Bilik air yang sangat selesa. 


Kat sebelah pintu masuk ada tempat nak buat air. 


Ni lah katil twin ni di mana saya berkongsi katil dengan Dania. 


Ada TV LCD dan cermin kat ruang tidur. 


Selepas menyegarkan diri dan tidur sebentar, kami pun keluar makan. Jalan kaki je pun ke Dataran Pahlawan. Kami makan kat A&W sebelum naik monorail pusing bandar Melaka. Kat Melaka ni senang duduk kat hotel di bandar so that senang jalan2 ajer. Tak payah memandu sebab traffic kat dalam bandar ni agak sesak. 

Stesen Monorail ni namanya Stesen Monorail Tun Ali. Nak tiba sini boleh waze atau google map ajer. 


3 orang satu gerabak. Memang tak ramai orang masa ni. Hubby kata kalau cuti sekolah memang sesak sangat kat monorail ni. 


Snap Snap gambar atas monorail. 


Cantiknya Jambatan Kg Morten ni. 


Kat sinilah terletaknya perkampungan yang cantik tu. Kg Morten nama diberi. 


Ada small theme park kat sini. Buka jam 5 petang. 


Jambatan Datuk Mohd Zin ni jadi lokasi penggambaran untuk pengantin. 


Gerabak Monorail ni tak banyak pun. Cuma 3 gerabak ajer. Kami bayar RM15 x 3 untuk tiket kami bertiga. 


Stesyen Monorail Tun Ali ni terletak berdekatan dengan bangunan yang terbengkalai ni. Jadi agak confuse sikit betul ke parking kat sini. Macam mencacatkan permandangan pulak tapi bila ambik gambar nampak unik pulak. Dania kata macam kat oversea je ummi. Ye le tu 😜😜😜


Dalam jam 5 petang camtu singgah area Limbongan nak beli kuih keria. Takde rezeki nak makan kuih keria Hj Jalil ni sebab dah habis. 


Hubby beratur kat sini akhirnya dapat juga kami makan kuih keria dari Hajah Rahmah. 


Dapat ajer kuih keria terus menuju ke Muara Ikan Bakar Sg Duyong. Kalau ikutkan yang paling dekat dengan bandar Melaka ni lah. Orang ramai tapi masih ada beberapa tempat kosong. Kira early dinner kami lah ni. Setelah menunggu selama 1 jam kami dapatlah lauk2 yang kami order. 


Pepahat masak cili. 


Kerang bakar. 


Ikan masak 3 rasa. 


Total dalam RM72. Which is ok lagi sebab kalau kat ikan bakar kar Bangi ni mahal lagi. 


Singgah Dataran Pahlawan waktu malam dengan berjalan kaki ajer. Parking kat hotel. Ambik gambar kat bawah menara Taming Sari. 


Beli ice cream Jipangi ni makan untuk 2 orang. Kon tu rasa jagung dan ice cream boleh pilih perisa coklat atau vanilla atau campur. Saya dan Dania pilih perisa vanilla. 


Naik pula basikal untuk 3 orang ni. RM25 untuk 1/2 jam. Mula2 agak susah juga nak kawal basikal ni. Hubby kena kawal la sebab paling hadapan. Hehe. Berpeluh juga la pusing dengan basikal ni. Part naik bukit, semua turun dan hubby sorongkan basikal. 😆😆😆


Bergambar dengan deretan beca berwarna warni. 


Esoknya, kami breakfast kat Tingkat 22 Hatten Hotel ni. Tingkat paling tinggi kat Hatten Hotel. 


Boleh pilih nak duduk kat mana dengan menghadap bandar Melaka. 


Saya pilih tempat ni. 


Nak duduk berdekatan dengan permandangan bandar Melaka pun boleh. 

Tunggu check out jam 12 tengahari, dapatkan cop parking terus la berjalan kaki lagi ke Dataran Pahlawan. Singgah la Terranova ni membeli blouse Dania yang warna kelabu putih tu. Ada juga pakaian yang harga rendah kat sini. 


Keluar ajer dari hotel, terus menuju ke Coconut Shake Klebang. Beratur tak le panjang sangat. Hubby beli 5 nasi lemak, beberapa kuih dan 3 coconut shake. 


Memang kena sungguh coconut shake ni dengan nasi lemak ni. 


Tamat la siri cuti-cuti Melaka kami kali ini. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854