Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Terjebak turut serta Iftar sekolah....

$
0
0
Sekolah anak ada mengadakan iftar dan solat terawih pada 1 Jun 2018. Kebetulan diadakan bergabung untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 5. Tidak diadakan untuk semua Tingkatan dalam satu waktu sebab untuk mengelakkan kesesakan di sekolah agaknya. 

Secara tak sengaja, saya pula AJK KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Saya jemput dulu Dania balik sekolah petang. Sempat la mandi dulu sebelum pergi balik ke sekolah. Nak bagi fresh sikit setelah seharian kat sekolah. Dania ni concern sikit kalau pasal mandi ni. Masa tiba sekolah ni belum lagi pukul 7 malam. 


Tak lama kemudian, kawan baik Dania yang katanya tak jadi datang, datang juga akhirnya. Ada orang tu nampak ada sinyum. 😃😃😃 Idak tak berapa nak ceria. Fesyen tudung Dania dan kawannya jugak dah sama dah tu. Seorang nak ambik course perubatan, seorang lagi nak ambik sains bio perubatan (biomedical science). Insya allah. Kawan baik Dania ni pernah cakap dengan Dania nak sama-sama belajar masa kat Universiti. Masa tu mereka baru Tingkatan 1. Ummi dan aunty akan doakan ye. Insya allah. Baik dan sopan kawan Dania ni. Memang kena sangat dengan peribadi Dania ni haa....mereka ni tak banyak cakap kalau dalam kelas. 


Dania dan Zalilah duduk makan kat bawah manakala ummi kena duduk kat meja yang dihias kanopi.  Saya pun takde geng masa ni. Cikgu2 pun saya tak kenal sangat. Masa ni saya datang awal sikit. Tak lama kemudian baru ada Pn. Sharifah dan anak-anaknya. Masa nak berbuka tu, saya dijemput untuk turut serta dengan pengetua dan guru penolong kanan (GPK) makan kat meja berhidang yang ada dome kat belakang saya ni. Nak makan pun tak berapa nak lalu. Kononnya malu lah 😝😝😝. Duduk dengan pengetua la katakan. Masih baru dilantik lagi saya ni jadinya pengetua dan GPK tak berapa nak cam lah. 


Suasana di sekolah sebelum masuk waktu berbuka puasa. Dah makin ramai pelajar memenuhi kawasan sekolah. 


Lepas makan, biasalah mak mak ni selalu teringat kat anak makan apa jadi ummi pun jenguk la Dania dan kawan baiknya ini. Dania dah selesai makan nasi. Sibuk makan kuih-muih pulak. Nak mencari anak pun satu hal dalam ramai-ramai ni. 


Suasana selepas solat terawih. Ada moreh juga disediakan berupa bubur lambuk. 


Pengalaman pertama saya selaku AJK KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa). Takpe lah sekarang ni tak la kenal sangat cikgu-cikgu. Lepas ni slowly ingatlah cikgu-cikgu. Moga saya dapat mencurahkan bakti untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk SMK Jalan Empat ini. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854