Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Dari wedding ke A Famosa berkarnival

$
0
0
Pada 14 Julai 2018, lepas ambik Dania kat sekolah. Kebetulan Dania ada Hari Kokurikulum pulak kat sekolah. Terus menuju ke Alor Gajah. Rumah blogger Nad. Sebelum pergi sini dah siap-siap booked bilik hotel kat sini. Sesambil menyelam minum air la kan. Boleh la merehatkan minda walaupun 1 malam je kat sini. 


Tiba je kat rumah pengantin, jumpa dengan ayah Nad dulu kemudian kami makan. Best betul ada kuih cakoi ni. Jarang la kat rumah pengantin ada kuih cakoi. Betul tak?. Katanya kuih cakoi famous kat Lendu ni. Haaa haruslah cuba ye tak?. 


Selamat pengantin baru Nad...moga berbahagia sehingga ke akhirnya. 

Balik je daripada rumah pengantin baru nak check in kat A Famosa sebab check in time jam 4 petang. Bolehlah berehat, mandi dan solat dulu sebelum kami ke Freeport. Dekat sangat Freeport ni. Sebelah A Famosa Resort ajer. 

Bilik yang dipilih ialah bilik yang mempunyai 2 katil queen. Anak dah besar kena la pilih katil yang luas juga kan. 



1 katil ayah, ummi pulak share dengan Dania. 


Tempat mandi dengan sebelah ni ada bath tub juga. 


Dalam jam 6 petang jalan-jalan kat Freeport tu sebelum balik hotel dinner. Kami dinner dalam hotel je. Ingat nak makan ikan bakar malam nanti tapi disebabkan dapat bekal nasi, lauk dan kuih-kuih dari rumah pengantin jadi kami dinner tu ajer la. Terima kasih kat family Nad

Lepas Maghrib terus menuju ke Cowboy Town untuk menonton show Carnival. Stay hotel kami kat sini include Carnival ni. Kalau tak nak pun boleh ajer. Murah la sikit. Kami include sebab nak bagi Dania menonton balik Carnival ni. Masa gi dulu-dulu Dania kecik lagi. Dia dah tak ingat pun pernah pergi Carnival. 

Persembahan awal ni dimulai dengan melepaskan burung merpati dan animal feeding. Kambing akan dilepaskan juga untuk diberikan makanan oleh penonton. Ngeri gak saya kalau kambing datang dekat. 😃😃😃. Ada unta dan kuda juga. Kalau nak bagi makan, kena beli la pek makanan yang dijual. Macam ayah Dania beli pek carrot untuk bagi makan kat unta dan kuda. Harganya RM5 satu pek. 

Beca berlampu pun ada jugak masa parade. 


Persembahan tarian daripada group cowboy ni. 


Persembahan kereta berhias. 




Highlight of the night mestilah pertunjukan bunga api ni. 


Lepas Carnival tu ada banyak la aktiviti kat luar ni. Salah satu diantaranya bumper car. Dania naik dengan ayah dia. Ada lagi 2 - 3 kereta yang occupied juga. Saya pilih ambik gambar je lah. Harganya RM10/seorang. 


Naik tram ni Dania takde lah berminat sangat tapi err err saya yang nak. Harganya affordable iaitu RM2/seorang. Ada juga masuk laluannmacam gua gelap pastu ada muka menakutkan pulak. Idak la takut sangat cuma topeng-topeng je kot tapi bebudak mungkin cuak jugak. 😅😅😅



Kat luar kawasan cowboy town ni ada kolam ikan. Nak bagi makan kat ikan ni ada machine jual makanan ikan. RM1 tapi kena masukkan coin 50 sen x 2. Disebabkan cuma ada 1 ajer coin 50 sen, tak jadilah nak bagi makan ikan. 🐟🐠🐡

Tamatlah aktiviti kat A Famosa pada malam ini. Balik bilik kami rehat la cuma hubby turun balik nak tengok perlawanan semi final bola kat screen besar kat bawah. Saya dan Dania ajer malas nak join. Not our cup of tea....😄😄😄

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854