Dialog Prestasi kali kedua baru je diadakan kat sekolah Dania. Suka betul buat hari jumaat. Tiap kali hari jumaat je so far. Start jam 2.30 petang sehingga lah ke 6.30 petang sebab Dania sekolah petang. Form 3 baru sekolah pagi. Tak sabar nak Dania sekolah pagi sebab lagi senang saya rasa sekolah pagi.
Ni kelas Dania ni. Siap ada welcome note kat white board. Masa ni takde orang lagi pun. Kalau ibu ayah tak datang masa Dialog Prestasi ni, tunggulah pelajar tu sampai petang. Kalau ibu ayah datang lepas habis consultation dengan guru kelas boleh terus balik. Sebelum jam 3 petang, kami dah pun selesai dan gerak balik.
Dalam 2.30 petang macam tu datang la cikgu kelas Dania. Seperti tahun sebelumnya saya orang yang pertama berdialog. Hehe. Apa komen cikgu?. Dania ni rajin, Dania ni ok. Result? Nak kena tingkatkan lagi untuk berjaya. Insya Allah. Diakhiri dengan wefie. Apa nama IG akak eh? Tanya cikgu Dania. 😃😃😃
Time nak keluar pintu tu, kawan baik Dania nama Zalilah salam ummi. Apa lagi kita wefie dulu ek?. Hehe. Asyik berkepit je dua orang ini. Zalilah ni sopan orangnya. Jenis yang tak banyak cakap. Kena la dengan Dania ni. Berkawan elok-elok tau.....Moga mereka berdua berjaya sehingga peringkat yang tertinggi ya.....Insya Allah.
Nak kena persiapkan diri juga sebab tahun depan nak PT3. Ummi dah mula suspen sejak tahun ni lagi. 😌😌😌