Saya nak update blog ni lagi awal tapi kebetulan unifi down kat kawasan rumah saya. Ni cerita pada 4 Ogos 2018, yang diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam. kesinambungan cerita daripada sini.
Dania dan bunga.
Ni Adlina sepupu Dania. Nampaknya jadi macam Kak Dania juga suka princess. Kakak Adlina ni nama Sofiah tak suka princess2 ni. Dia lasak sikit. Hehe.
Kali ni saya berpeluang untuk bersama hubby dan Dania ke majlis sepupu saya Liana dan pasangannya Hazman. Masa ni Liana menyuapkan kek pengantin kat mulut papanya. Papanya merupakan paksu saya.
Liana suapkan kek ke mulut bapa mertua.
Ni maksu saya. Adik kepada arwah mama saya.
Saya suka gambar Liana kat sini. Manis sangat bagi saya. Terpancar wajah kegembiraan di sini.
Ni pengapit Liana ni adiknya Nadia dan pasangan lelaki ni untuk mengapit Hazman. Berbaju sedondon tema biru.
Dunia ni kecik sungguh ye. Dania cakap dengan ummi....ummi....tu ada budak JESS (merujuk kepada sekolah Dania...Jalan Empat Secondary School). Rupanya Humaira ni cucu kepada Paksu (keluarga belah paksu). Dania pula cucu kepada Paksu juga tapi keluarga belah Maksu. Kecik bebeno dunia ni. Humaira ni pun tinggal area Bandar Baru Bangi jugak. Mereka berdua Tingkatan 2 sekolah yang sama tetapi berlainan kelas. Ummi pun apa lagi, ambik gambar la mereka berdua.
One for the album. Bergambar dengan pengantin.
Suami Eja, Rozlano kena tolong ambikkan gambar family sepupu saya Tajul Azwa. Ada seorang anak sepupu saya bekerja dengan Hanis Zalikha. Depan yang free hair tu.
Ni anak2 Eja la ni syok depan air cooler.
Pelamin yang sangat cantik di mata saya.
Majlis perkahwinan ni di dalam khemah yang sangat besar. Kalau lihat kat sini temanya ala Inggeris.
Boleh click link http://www.segiseri.com/group/wedding---events.html kalau berminat.
Semoga Liana dan Hazman berbahagia sehingga ke jannah.
Tahniah Paksu dan Maksu dapat menantu.
Tahniah Nadia sebab dapat abang ipar.