Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Salai kemudian kendurian

$
0
0
Pada hari minggu baru-baru ini, saya plan dengan adik beradik nak bawa makan kat kebun durian. Sebelum itu, kami adik beradik makan kat Seri Menanti House of Salai sebabnya kebun durian tak jauh pun dari sini. Actually, saya tak makan pun hanya minum sebab baru sangat breakfast bihun soto. Kenyang la pulak. Adik beradik semua makan la salai. Respon kat sini katanya sedap makanan salai. Gambar tak perfect ada seorang tu notty tak pandang kamera. Cuma seorang ajer takde iaitu adik ipar saya. Babah yang tak pandang kamera tu le. 


Selepas makan nasi, tudiaaa suami lead kereta adik No 2 dan No 3. Adik No. 4 tumpang kereta adik No. 2. Saya No. 1. Kami menuju ke kebun durian yang terletak tak jauh dari sini. Memang tak jauh pun. Kalau pasang lagu tu, tak sempat la lagu nak habis dah tiba kebunnya. Kebun ni kepunyaan owner yang kami beli rumah tu. Kebun ni menempatkan 60 pokok durian. 

Ada rezki 6 biji durian yang gugur semalam dan hari ini. Buahnya takde la besar sangat. 


Ini adik ipar saya tapi saya memang rasa muda sebab adik ipar saya tua setahun daripada saya. 😆😆😆


Walaupun kecil tapi isi memang power. Sedap....



Tukang buka isi durian. 


Dah buka penat-penat kena la makan ye tak?. 


Orang lain makan durian, tudung biru gelap tu tengok ajer. Sikit pun tak rasa. Saya siap bentang tikar ni haa....


Kecoh wehhh dah reramai ni. 


Kanan ni adik lelaki saya. 


Petua tak nak bagi panas badan, minum air dari bekas buah durian ni. Hati-hati ye jangan tercucuk duri pulak. 


Selepas makan, budak 2 orang ni main2 la. Boys will be boys. Seronok suasana kat sini ada bunyi ayam, sejuk je bila ditiup angin. Redup je sini sebab makan durian bawah pokok. 


Ni sepupu Dania bernama Zharfan. Dah lalu lalang depan DSLR, saya suruh pose. Sporting!


Entah apa yang diceritakan tu. 


Entah apa gossip mak jemah ni haa... 😂😂😂


Seronok juga sesekali berkumpul. Kena buat sekerap mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ini. Dulu kalau ada mama dan papa pun kami selalu buat makan-makan juga. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853