Motor ni memang legend ni sebab dah lebih berpuluh tahun (since 1980's). All this while dok kat kampung. Baru-baru ni bila balik kampung, anak saudara kata motor ni dah takde siapa yang guna dan dah mati pun road tax dah almost setahun lebih. 😭😭😭. Akhirnya suami kata suruh pos ke Bandar Baru Bangi. Sayang la jadi besi buruk je. Anak saudara pos menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia. Bila tiba kat Pejabat Pos Bandar Baru Bangi, suami ambik motor dan bawa ke kedai motor terdekat. Doa banyak-banyak moga dipermudahkan perjalanan ke kedai motor sebab kalau apa-apa hal berlaku masalah besar sebab motor takde road tax.
Ok, motor kena dalam keadaan yang baik sebelum pergi Puspakom. Kalau nak hidupkan insurans yang telah mati kena bawa motor melalui pemeriksaan di Puspakom. Ada juga pilihan kedua di mana kita kena pergi JPJ untuk mendapatkan surat jadi kita boleh bawa surat itu bersama jika kena tahan dengan polis. JPJ yang akan melakukan pemeriksaan.
Kemudian kita kena pergi ke mana-mana insurans untuk menghidupkan insurans. Saya terus ke Takaful Malaysia. Takaful Malaysia cuma menghidupkan insurans tanpa ada perlindungan. Perlindungan kosong. Tiada perlindungan pihak ketiga. Insurans yang lain tak ambil sebab ada surat Puspakom.
Bila insurans dah hidup boleh terus ke JPJ untuk membuat road tax. Jangan pula buang masa beratur kat Pejabat Pos kerana jika insurans mati lebih daripada setahun, tak boleh buat kat Pejabat Pos. Terus ke kaunter JPJ ok?. Saya dah ada pengalaman nak buat kat Pejabat Pos tak boleh. 😰😰😰.
At last motor dah boleh berjalan tapi disarankan untuk bawa tempat dekat-dekat ajer sebab perlindungan pihak ketiga tak cover. Mana la tahu apa-apa berlaku kan?
Lepas setahun boleh ajer perbaharui insurans mana-mana dan boleh cover perlindungan pihak ketiga dengan syarat perbaharui insurans tak lambat daripada sebulan selepas tarikh tamat.
Ok saya ringkaskan...
1. Baiki motor jika ada kerosakan sebab kena perfect sebelum ke Puspakom / JPJ.
2. Ada dua pilihan. Pilih salah satu.
- a. Pemeriksaan di Puspakom
- b. Pemeriksaan di JPJ (ambil surat dari JPJ dulu sebelum membawa motor ke JPJ)
3. Beli insurans. Insurans yang menerima motor yang mati insurans lebih daripada setahun ialah Takaful Malaysia.
4. Buat road tax di JPJ (Hanya di JPJ).
Moga dapat beri manfaat ya....