Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Warna warni Unicorn Fun Run 2019

$
0
0
Minggu lepas hari ahad 28 Julai 2019, bertempat di Persiaran Flora Cyberjaya saya dan Dania menyertai larian Unicorn. Sebenarnya tak pernah pun nak sertai fun run ni haa tapi disebabkan medal yang ditawarkan tu menarik hati jadi saya pun bersemangat mendaftarkan diri dengan anak saya Dania. 

Pada pagi nak berlari tu hubby rajin nak menghantar kami berdua ke Cyberjaya. Flag off jam 7.30 pagi makanya kami tiba jam 7.15 pagi. Siap-siap breakfast roti krim dalam kereta. Ada satu insiden di mana ada 1 kereta berwarna putih, dari kami ikut dari highway Cyberjaya tu bawak macam orang gila jap potong kanan jap potong kiri. Elok je nak belok ke area Persiaran Flora tu, kereta putih ni dihimpit oleh kereta warna merah. Kereta merah ni pun bergesel dengan kereta putih. Bila keduanya keluar, sah la mereka nak pergi unicorn fun run ni sebab pakai T-Shirt pink unicorn. Barulah buku bertemu ruas. Kedua kereta tu kelam kabut nak tiba awal di lokasi sampai lupa aspek keselamatan. 😟😟😟.

Gambar di bawah di pintu gerbang Unicorn. Sukanya tema Unicorn ni haa....sana sini pink berwarna warni. Mintak tolong orang ambikkan gambar kami berdua. Suami pula masa ni dah tak tahu kat mana sebab tengah nak parking kereta. 


Kami dilepaskan jam 7.45 pagi. Sepanjang jalan kami berjalan laju-laju. 5km larian ni. Nak berlari ni macam susah juga sebab ramai sangat orang. Dengarnya 10,000 orang yang berlari ni. Bayangkanlah. Ada family yang tolak stroller anak. Ada yang tak daftar tapi ikut support ahli keluarga yang lain berlari. Ada juga anak kecil yang berlari sekali. Kesian pulak nampaknya sebab nampak letih sangat. Ada anak kecil yang naik basikal ikut family dia berlari.  


Saya, half way rasa sakit kaki tapi boleh lagi meneruskan larian. Eh bukan fun run la tapi lebih kepada fun walk. Sepanjang jalan berjalan kat bawah pokok jadi redup sikit. Kalau area jalan tu panas sikit la. 

Lagi beberapa ratus meter nak tiba garisan penamat dalam jam 9.15 pagi, ternampak senior masa saya sekolah tengah berposing. Apa lagi.....Kak Asyu.....hehe....nasib baik Kak Asyu kenal saya....Ena.....kami ambik la gambar bersama anak masing-masing. Kak Asyu ni adik kepada Permaisuri Siti Aishah yang kahwin dengan almarhum ayahanda Sultan Selangor sekarang. Sporting betul Kak Asyu dan anak pakai cekak Unicorn. 


Gambar dari kamera phone suami ni. Tak clear la pulak. 


Dapat bergambar dengan Unicorn comel....sebenarnya Unicorn ni ada peserta larian yang sukarela nak pakai. Dia bagi 2 minit je. Hahaha....mesti panas dalam tu. 


Ni lah medal yang menjadi rebutan. Kalau nak dapat medal ni kena habiskan larian 5km then baru boleh claim. Tu yang motivasi nak habiskan larian 5km tu....😃😃😃. Kalau tak habiskan larian tak layak dapat medal ni. Comelkan medal ni?....


Nak berlari lagi?....tunggu kalau ada tema yang menarik hati....😊😊😊
Nak tahu info lanjut larian boleh ke http://jomrun.com/event



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854