Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Kem sains Circle Your Correct Answer menarik ramai pelajar...

$
0
0
Bila dah dekat-dekat nak exam ni sempat lagi pergi lagi 1 seminar Sains. Sebelum ni pernah join Circle Your Correct Answer (CYCA) untuk Matematik. Kali ni dengan Cikgu Sara Khan. Cikgu Sara Khan ni juga merupakan tenaga pengajar di Maths Clinic tempat tuition Dania. 

Kem sains ni diadakan pada 15 September 2019 jadi pagi tu kami pergi breakfast dulu. Lepas tu baru ke MMU, Cyberjaya. Masa tiba dalam jam 8.30 pagi tu dah ramai dah yang datang. Saya kan suka kalau Dania dapat duduk kat bahagian depan, jadi saya tanya la bebudak yang duduk tu kot-kot ada yang kosong. Ramainya yang cop tempat untuk kawan. Dah settle Dania, saya dan suami pun menuju ke Nu Sentral, KL. Ada benda nak beli. 

Tengok la ni, ramai dah siap daftar kat kem ni. Awalnya mereka ni. Dania dapat tempat No. 2 hujung sekali. Kalau hujung-hujung ni selalu kena target la kan? 😝😝😝




Terjumpa dengan kawan yang saya baik. sebenarnya saya tahu Naterah ni ada sebab saya yang forward pasal kem sains ni. Hehe. Jadi, anak Naterah ni Ahmad Faris pun datang. Adehhh punyalah pemalu. Takde gambar. Handsome tau...hehe. Tengok ummi dia pun dah tahu. Daftar awal dapat la harga early bird iaitu RM100. Kalau bukan early bird harganya RM120. Kiranya untung RM20 lah. Makan tengahari dan minum petang disediakan. Sarapan tu sendirilah kan. 



Jumpa lagi dengan mak kawan Dania masa Darjah 6, Farah. Anak Farah ni sekelas dengan Dania masa Darjah 6. Sekarang ni Anis dah masuk Sekolah Seri Puteri. Masuk pulak tu dengan best friend dia Ain. Ain pun ada kat kem ni dan sempat salam saya. 


Dua-dua kat bawah ni saya repost dari Instagram Circle Your Answer

Saya rasa la kan tak menyesal join kem sains CYCA ni sebab cikgunya mengajar dengan cara yang menarik. Tak kering gusi anak-anak. Kalau macam tu tak la boring nak belajar. Boleh la anak-anak kita memberikan sepenuhnya perhatian. 




Haaa ni selepas jalan-jalan kat Nu Sentral. Dah jalan-jalan tu rasa haus la pulak. Singgah pulak Restoran mamak Kayu. Order la Nescafe O dan Teh Tarik dengan Putu Mayam. Jadilah makan light light. Tadi dah breakfast berat. Nak menghabiskan masa bersama je pun. 😘😘😘.

Sesambil tu sibuk la tengok IG Circle Your Answer kot-kot ada update terbaru.  



Kem sains habis jam 6 petang jadi sebelum pukul 6 dah tiba kat MMU. Lepas tu teman Dania solat kat Masjid Cyberjaya sebelum dinner awal kat Salaam Noodle Cyberjaya. Lepas tu tak balik lagi....singgah IOI City Mall nak beli Persil. Amboiii Persil je pun nak kena singgah IOI City Mall. Mencari Persil ni sebab sabun ni memang sesuai untuk mesin basuh kita. Tak semua tempat ada Persil ni. 

Dania kalau ada tuition malam ke atau kem macam ni, lepas Isya' terus tidur. Penat sangat. Haaa CYCA ni ada latest kem untuk SPM jadi boleh la click sini untuk info ya.  

Kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Moga markah Sains Dania untuk PT3 boleh buat ummi dan ayah tersenyum ya. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854