Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Pengawas sekolah menengah kebangsaan

$
0
0
Masa Dania Form 2, dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Masa Form 1 uniform baju kurung putih dan kain biru muda tapi bila dah jadi PRS ni kena la beli tudung, baju dan kain macam kat bawah. Kain warna kelabu tu sebab tak tahu nak cari kat mana jadi saya ke Jakel Bangi ni cari kain cotton dan tempah kat tailor. Suka kain cotton sebab tak panas dipakai kat negara kita ni haa....



Masa Form 3, ada kena hafaz ayat Al Quran. Ustazah kelas Dania la ni...lepas Dania habis baca ayat, ustazah ada cakap....Dania tak nak jadi pengawas ke?. Dania cerita kat saya dia rasa terkejut dan hanya senyum je  dan Dania kata lagi ayat ustazah lepas2 tu dia dah tak dengar dah sebab blur. Saya rasa terkedu agaknya. 

Masa ada nak buat pengesahan sijil PT3, cuti sekolah saya datang sekolah dan adalah tegur Ustazah kat pejabat. Saya kata untuk buat pengesahan untuk kemasukan ke Sekolah Teknik. Leceh sikit nak masuk Sekolah Teknik sebab mintak sijil PBD (markah dalam bilik darjah). Kena la mintak kat pejabat kalau nak details. 

Bila naik Form 4 pula, Dania kata Dania tak nak jadi PRS dah sebab................(biarlah off record). Saya bagitau la kalau nak mintak Universiti kena ada jawatan kat sekolah. (Ini untuk tambahan tapi akademik pun kena score). Saya kata cubalah mohon jadi pengawas kalau buka permohonan. Untuk rekod, Dania pernah nak mohon jadi pengawas masa Form 1 tapi tarikh interview tu sama dengan tarikh Dania kena wakil sekolah untuk robotik di Putrajaya jadi takde peluang la. 

Ada sekali tu ada meeting kat sekolah. Saya makan kat bilik di kantin. Ada ustazah pastu terus ustazah tanya saya jadi ke Dania ke Teknik?. Saya kata Dania dapat tapi tak pergi. Ustazah kata bagus sebab nak Dania masuk dalam badan pengawas sekolah sebab dah lama dia memerhati. Ustazah ni memang guru pengawas. Walaupun Dania pendiam tapi ada cikgu yang memerhati. Cikgu ni kan selalu dia akan tanya pendapat cikgu lain juga tentang peribadi murid. Saya tulis semua di sini supaya bila Dania baca, dia akan mengekalkan sahsiah yang baik kepada cikgu dan juga kawan2 di sekolah. Ibu mana yang tak gembira kalau cikgu puji anak?. Ya allah rasanya nak melompat pulak saya kat situ tapi dengan kehadiran Puan Pengetua kena cover la sikit. 😄😄😄. Di samping tu kena bersyukur juga sebab anak kita berkelakuan baik di sekolah. Alhamdulilah. 

Setelah lepas tiga peringkat interview, Satu dengan Majlis Pengawas, Dania kena dengan Ketua Pengawas. Ok dengan Ketua Pengawas ni simple je interview. Kemudian dengan Majlis Tertinggi pengawas. Haaaa yang ni dekat sejam interview. Fuhhh lama. Last sekali dengan Ustazah Husna. Legaaaaa......then lepas perucubaan selama 1 bulan, kini tiba di hari watikah perlantikan, saya dapat gambar ni pun dari kawan. Pengawas bergambar dengan guru pengawas. Kat tengah tu lah ustazah yang saya cerita tu. Ustazah Husna. Jenuh kecik besar kecik besar mata nak cari anak sendiri. 


Alhamdulilah Dania dan Zalilah pada hari pertama bergelar seorang pengawas sekolah. Malu-malu nak bergambar masa ni sebab depan ni ada kawan2 perempuan yang dok bersorak. Hehe. 


Nak jadi seorang pengawas pun selain uniform bertukar warna. Sebelum ni PRS warna ungu, pengawas warna biru pula. Kena pula mencari baju kurung dan tudung yang baru warna biru. Bila kita mencari uniform bulan Mac, kebanyakkan size tu dah takde la sebab orang dah beli bulan 12 tahun lepas. Saya pergi mencari kat Uniform Gallery kat Bangi. Kononnya nak juga mencari blazer sebab pengawas kena pakai blazer hitam masa watikah perlantikan dan perhimpunan hari isnin tapi size besar2 je yang ada. Nasib baik jumpa dalam Parkson Evo Bangi. Harganya kurang RM10 la dari blazer yang kawan saya beli. Brand tak dikenali pun ni. Material tak tebal sangat tapi nampak kemas. Kalau tebal cuba bayangkan pakai kat cuaca negara kita dan pulak bukan dalam aircond. Kain kelabu pula masih pakai yang lama sebab masa tempah tu saya request panjang sikit. Tahan lama sebab Dania pakai dari Form 2. Harap2 sampai Form 5 lah. Tak payah buat baru. 😆😆😆.


Bukan uniform je kena tukar, kasut pun kena pakai yang kulit tapi Dania punya ni bukan kulit tapi microfiber. Microfiber ni bawah sikit daripada kulit tapi material macam kulit. Ada penambahbaikan sebab boleh kena air. Boleh kena air pun bukan yang boleh rendam dalam air tu tapi kalau nak basuh cuma lap dengan kain ajer. Beli kat Medifeet sebab lapik kasut ada support untuk tulang. 


Ummi harap Dania dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi. Ummi pun kena hantar Dania sedikit awal daripada biasa. Pukul 7 pagi atau sebelum pukul 7 pagi tu selalunya Dania dah tiba sekolah. Idak 7.15 pagi selalunya tiba sekolah sebelum jadi pengawas. Not only Dania yang kena berdisiplin, ummi pun kena. Pengawas pula kalau kena merit, meritnya jadi double dari murid biasa. Kena berdisiplin dari semua segi tu....

Moga dipermudahkan....


***coretan untuk dikenang masa Dania dah besar nanti. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853