Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Manfaatkan pembelajaran ePDPC masa Perintah Kawalan Pergerakan

$
0
0
Sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) ni sekolah dah terlebih cuti. Jadinya inisiatif pihak sekolah untuk mengadakan kelas online masa PKP ni. Patutnya sekolah hanya cuti 2 minggu tapi lajak ke sebulan. 

Kelas online pertama (ePDPC) yang diadakan pada 24 Mac 2020 dengan menggunakan aplikasi meet. Pada mulanya agak kekok la nak guna aplikasi google ni dengan nak mencari macamana nak operate benda alah ni. 😅😅😅. Rupanya simple ajer. Ni saya menggunakan laptop. 

Jom kita start. 

1. Mula-mula buka akaun google oleh Kementerian Pendidikan. Macam Dania dan setiap pelajar sekolah Dania dah ada akaun google masing-masing. Bila dah keluar page ni, click bintik-bintik tu. (Apa ke namanya tu...saya panggil bintik2 je la).



2. Bila dah buka bintik-bintik akan keluar ini. Pilih meet. 



3. Keluar la page ni. Background dia asyik bertukar je jadi jangan risau. Ok kat sini click 'join or start a meeting". 



4. Cikgu akan bagi kod jadi type kat situ. Macam sekolah Dania ada https://gg.gg/pdpcmaya********. Bila type je terus ada link ke https://meet.google.com/***-***-***
Haaaa..... kod ***-***-*** yang kena masuk link di bawah. Tak payah masuk https semua tu. Hanya kod sahaja. 

Kalau contoh saya nak join PDPC maya ni boleh kalau ahli group accept saya. Kalau tak orang luar tak dapat nak join. 


5. Dah masuk page ni memang awal2 speaker dan camera on jadi off kan lah. Bila nak cakap baru on speaker. Kalau speaker tu on je...macam2 boleh dengar macam ada hari tu hubby bersin sampai teacher english tanya what is that?. Dania senyap je la 😆😆😆. Camera Dania tu pula sentiasa off je jadi cuma speaker je on kalau nak jawab soalan. Lepas tu Dania off kan. Cikgu je camera on. 

Cikgu ready untuk Pembelajaran dan Pemudah cara (PDPC) di alam maya. Ni Cikgu Sejarah Dania. Masa ni guna desktop tapi microphone ada problem. Cikgu beriya je panggil nama Dania suruh jawab soalan tapi kita boleh tulis kat sudut belah kanan tu. Dania type la kata mic problem. 



Ini pula subjek kimia. 




Kisah PDPC di alam maya di sekolah Dania pun dah masukHarian Metro. Ada ralat sedikit. Bukan Form 3 dan Form 5 je ada ePDPC ni tapi semua tingkatan dari Form 1 - Form 5. 

Ini jadual E-PDPC minggu ni. Waktu disingkatkan sebab ada family yang kurang data telefon. Subjek pula mengikut jadual hari Isnin - Jumaat. 


Alhamdulilah, Dania dapat juga manfaatkan masa cuti PKP ni. Homework pun setiap hari ada. 



***Psst : Kalau nak join affiliate dan buat duit dalam sosial media tu boleh la click kat sini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853