Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Erti sebuah persahabatan

$
0
0
Ada sekali tu kawan saya Sharifah yang hijab lavender tu whatsapp saya kata bila saya free so that kami bertiga boleh berjumpa. Akhirnya pada hari yang dijanjikan saya pun berjumpa dengan mereka. Sebelum tu saya lunch dulu dengan Dania dan hubby kat tingkat atas sekali. Ada food court kat Evo Bangi ni ha. Kami makan kat JM Bariani Express. Lama dah tak makan JM Bariani ni. Ok lepas tu hubby dan Dania balik, saya jumpa kawan-kawan saya pula. Tadi datang sini dengan 2 kereta lah. 

Sebenarnya mereka nak jumpa saya nak bagi hadiah kat saya. Saya sebenarnya dah tarik diri dari menjadi PIBG sekolah. Saya ada beri mereka cenderahati. Sharifah dan Linda kata sepatutnya mereka yang beri cenderahati buat saya sebab saya yang mengundur diri. Kami bertiga ni kalau buat kerja bersama-sama. Malahan sabtu dan ahad pun kami datang sekolah nak buat aktiviti kami. Sebelum tu ada aktiviti KSIB Prihatin di mana saya, Sharifah dan Linda kena kumpul pakaian baru atau terpakai untuk diberikan kepada pelajar sekolah Dania yang terkesan dengan wabak Covid-19. Bukan pakaian sahaja, apa-apalah yang boleh disumbangkan seperti kasut sekolah, buku-buku, pakaian harian. Sumbangan tu diberikan oleh ibu bapa warga sekolah Dania. Semuanya mestilah kami terima yang masih berkeadaan baik. Rupanya Covid-19 ni memberi kesan juga kepada komuniti sekolah menengah Dania. Bersyukur saya kerana masih juga diberikan rezeki. 

Ni saya pick up baju baru dari adik saya yang nak beri sumbangan baju sekolah baharu. Saya beri stokin baharu dan baju uniform Dania yang masih berkeadaan baik. Adik lagi seorang sumbang dalam bentuk duit jadi saya gunakan untuk beli barang keperluan dan ada juga yang saya beri duit terus kat kawan saya yang seorang ni yang terkesan. Rezeki dia sebab saya ternampak namanya dalam senarai PIBG. Jadi saya approach dia. 


Ok back to cerita kami bertiga ni, kami pun berborak la perihal sekolah, anak-anak. Kalau mak mak ni berborak mesti selit hal anak-anak ye. Sharifah dan Linda keduanya ada anak yang dah ke pra universiti. Seorang asasi sains, seorang lagi anak mendapat tajaan Petronas untuk ke Jepun tapi sekarang ni belajar bahasa Jepun di salah sebuah universiti. Bila ingatkan balik hebat2 anak mereka ni. Kumpul A berderet dalam SPM. Sekolah Dania ni ada 2 aliran ajer. Satu aliran sains tulen dan satu lagi aliran sains tulen agama. Jadinya kebanyakkan pelajar sekolah Dania ni ambil asasi atau ijazah di dalam bidang sains. 

Saya dah tarik diri dah dari PIBG walaupun sesi saya ni akan berakhir bulan Jun 2021 (Sepatutnya sesi habis bulan Mac 2021 tetapi mesyuarat PIBG tidak dapat diadakan kerana Covid ni lah). Tarik diri pun atas sebab yang tertentu. Mereka berdua mengetahuinya. 


Ni lah hadiah yang saya dapat, ni hadiah ni nak kan saya 'kenang daku dalam doamu ni'. Ye insya allah kawan yang baik2 sentiasa ada dalam doa saya. Kawan-kawan saya jauh dan dekat sentiasa di hati...
 

Salah seorang dari mereka mendapat set A Thousand Wishes. 


Dan set Gingham ni untuk kawan saya yang seorang lagi....wangian keduanya best seller. Saya sendiri pengguna rangkaian Bath and Body Works ni. 

Kiranya macam bertukar-tukar hadiah pulak. 

Bawah ni pulak ceritanya ketika kawan saya yang seorang ni namanya Naterah call kata ada dekat-dekat rumah saya sebab anak dia yang happen to be kawan Dania jugak (malu tu tak tengok camera)....belajar menunggang motor dekat sekolah memandu area rumah saya. Kawan Dania ni pun terkejut sebab rumah Dania pun area sini. Hehe. To be exact 450m je dari rumah ni haa....dekat benau la ni. Harus la jumpa. Jadi saya ajak ke Paparich sebab selepas tu Naterah nak buat treatment pulak kat wellness kat Bangi ni haa....amboiii 2 in 1 tu sesambil tunggu anak belajar memandu boleh buat treatment ye?. 

Minum kat Paparich tu adalah dalam 30 minit je. Sempat jugak la berborak kejap. Takde lain pasal anak sure selit sekali 😄. Sindrom mak mak kan. Lepas tu saya lead la kereta hantar Naterah ke tempat wellness tu. Masa balik saya hantar lokasi sekolah memandu ni sebab inilah pertama kali Naterah nak hantar anak belajar menunggang motor kat area sini. Daftarnya kat area lain tapi belajarnya kat sini. Kebetulan memang lalu sekolah memandu ni sebelum tiba rumah saya. 


Haa ni gambar masa anak kami sekolah rendah 😁. Tak ingat pulak tahun bila tapi tengah beratur kat Clarks warehouse sale kat Citta Mall, PJ. Sekarang ni anak kami dah Form 5 dah. Hehe. 


Sebelum Naterah balik saya bagi 1 pek putu perak yang hubby saya beli kat gerai berdekatan bulatan Uniten. Saje minta hubby belikan lebih putu perak ni sebab nak bagi kawan saya. Gerai putu perak ni pun dah jadi van. Bertambah maju nampaknya. 

Dulu masa anak sama-sama sekolah rendah, Nat ni rajin bagi kek la, pai la, brownies la semua yang dia baking. Memang pandai baking pun. Jadi saya akan balas balik dan begitulah seterusnya. Bagi balas, bagi balas.... Sekarang ni takde la macam tu sebab dah anak pun sekolah lain. Tempat tinggal kami pun bukannya dekat. Ha begitulah ceritanya...


Sebelum mengakhiri post blog ni, saya dengan rendah diri memohon sumbangan untuk naik taraf surau sekolah menengah Dania. Sekarang ni pun pelajar makin ramai terutamanya pelajar tingkatan 1. Kalau nak muat semuanya sekaligus memang tak muat kerana surau sedia ada ni berkapasiti kecil. Mohon sumbangan para dermawan. Moga ada yang bermurah hati sudi memberi sumbangan. 😔


Keterangan lanjut boleh click SINI

Ada juga saya letak kat banner sebelah kanan blog ni dengan linknya sekali 😊. Kalau dapat share pun lagi bagus. Terima kasih daun keladi diucapkan!. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854