Hari ni hari sabtu. Boleh pulak saya ni terlupa dah mula cuti sekolah. Kalau Dania bersekolah tu tak lupalah cuti sekolah ni. Almaklumlah Dania tak pergi sekolah. Setelah balik dari makan pagi di Warung Kendi, Sepang....bila hubby lalu jalan highway terus la ajak nak tengok UITM Dengkil. Selalunya kalau pergi Warung Kendi ni lalu jalan dalam ajer. Takde gambar pulak UITM Dengkil ni tapi kena lalu kawasan perumahan baharu. Lepas tengok depan mata UITM Dengkil tu hubby kata nak singgah Cyberjaya sebab nak pergi D Pulze. Dah on the way nak ke rumah dah ni. Ok kat sini nak singgah Anies Bake House jugak.
Anies Bake House ni betul-betul kat tepi escalator ajer.
To be exact kat sebelah Sepiring.
Ada beberapa produk dijual kat Anies Bake House ni. Ada rempeyek, cookies, bayam brazil crispy. Mana pilihan hati ni?.
Selain daripada itu, nak beli kek untuk hari lahir hubby. Comel-comel kek ni dari iron man, Peppa Pig, ahli bomba, My Little Pony.
Cantik betul dan manis ajer design kek berbentuk 💜 tu.
Belah sini ada kek juga tapi yang dah siap dipotong. Ada cream puff juga. Dah alang-alang kat Cyberjaya ni, saya tapau kan cream puff ni untuk adik saya sebab nak bagi barang yang dia beli dari saya.
Ni haa saya ada beli set fantasy combo kat Public Gold. Set ni ada Marvel, Wakanda, Frozen II dan Tom and Jerry. Lepas tu adik ada sebut la set terbaharu tu kena beli banyak. To be exact kena beli 12 pieces. Dah tentulah harganya mahal kan?. Set ni harganya RM1420. Dah takde dah dalam website Public Gold tu. Limited set ajer ni. Adik memang berkenan nak kumpul Wakanda dan Marvel (ada dalam set yang 12) ni jadinya saya jual ajer kat adik sebab memang tak berkenan yang 2 ni. Hehe. Setiap satu ni beratnya 1g. Kalau ambik set ni no sirinya semua sama kecuali huruf di depan.
Ok berbalik pada kek kat Anies Bake House ni, ada perisa coklat, red velvet dan satu ajer butter cake. Apa lagi pilih yang butter cake lah. Takde pilihan lain lagi dah. Butter cake ni perisa Caramel Butter Cake. Suruh adik ni tulis kat kek ni.
Ni lah tulisan atas kek ni. Kek ni comel ajer pun. Sesuai la untuk keluarga kecil kami.
Apa sahaja untuk mereka yang tersayang dan penting dalam hidup kita....hadiahnya saya pilih yang Poh Kong di https://bit.ly/31pya6s