Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Di tepi pantai yang indah | PD Part 1

$
0
0
Plan last minute je ni nak ke Port Dickson. Kan saya ada cerita sebelum ni yang saya ada order topi pantai tapi tiba lambat jadi tak sempat nak pakai kat pantai Mersing tu. Hubby kata nanti kita cuti kat tepi pantai lain. Haha.

Ni saya dan Dania test pakai topi ni kengkonon kat tepi pantai la ni. 


1..2..3....say cheese...


Pit stop pertama ni makan kat Salam Noodle Cyberjaya. Dania teringin nak makan mee. Ok ye sebelum makan sila senyum dulu. Ok cun semua bekerjasama. Haha


Kat gerbang ni la kisah saya bagi roti kat monyet tu. Boleh baca kat sini
Monyet tu datang dari semak kat belah kiri. 


Alhamdulilah selamat tiba ke Thistle, Port Dickson. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dari Cyberjaya tempat yang kami makan sebelum ni. 


Bilik yang kami booked ni seafront jadi mengadap laut la. Dania kata gambar bawah ni macam dalam website hotel. Amboiii tq la puji ummi. Hehe


Cuaca baik, matahari memancarkan cahayanya. Tak sabar nak explore pantai. 


Dalam pukul 6 petang macam tu turun pantai mandi laut. Kena berhati-hati kalau ada kehadiran obor-obor juga ya?. 


Rehatkan minda dulu sebelum berjuang untuk peperiksaan SPM nanti. 


Saya dan hubby pulak. Hubby bising kenapa ambik kot belakang?. Style la....😆


Us...

Tak lama pun dapat explore pantai ni sebab tau-tau je dah nak maghrib. Hari ni hotel fully booked sebab Lazada ada program kat sini. Memori kami untuk tahun 2022. Alhamdulilah untuk ini. 


Malam, saya teringin nak makan makanan laut jadi akhirnya kami ke sini. 


Sementara tunggu nak dapat meja kat Restoran Seri Mesra ni...terdengar ada orang panggil Kak Ezna....hehe rupanya kawan saya Azwa dan suaminya Iman. Suatu ketika dahulu blogger di Eyriqazz. Sekarang ni dah tak aktif menulis. Syok la mereka dah dapat meja dah. Kami dok berdiri je nak dapat meja sebab orang ramai oh....


Setelah dah dapat meja, Ok....jom la kita cari lauk. Nak masak apa ni? 


Iman @ Eyriqazz kata kat sini agak pricey harganya....ok kita berpadalah ambik ye. Hehe. Sotong ni masak tepung dan lala ni masak cili. Sotong ni pula size besar. Kalau ada yang sederhana saya sure pilih punya. 


Nasi putih 3, Milo ais 1, Teh Tarik 1, Teh O suam 2, Tomyam campur medium 1, telur dadar medium 1,lala bercili, sotong goreng tepung dan 3 otak2 semuanya berharga RM90++.  

Balik hotel je, tengok langit....cantiknya banyak bintang2 di langit. Berkelip-kelip. Indahnya ciptaan yang esa kan?.

Ambik gambar la kat fairy light ni. 


 Hotel yang kami menginap pada waktu malam. 


Jumpa lagi hari esok ya.....nanti nak perkenalkan satu cafe yang best....stay tuned!
Chiow....



XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854