Awal-awal hubby dah cakap nak pergi Putrajaya Steps waktu malam. Nak pergi sebab apa ye?....haaa ni dia....nak [ergi tengok pemetaan cahaya kat Putrajaya Steps ni la. Ia diadakan 3 hari sahaja dari 27 Jan 2022 - 29 Jan 2022. Ianya bersempena dengan sambutan Hari Wilayah pada 1 Feb 2022. Pemetaan cahaya ni berkonsepkan Keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia ni sering disebut oleh Perdana Menteri kita yang baharu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Pada 27 Jan 2021, jumaat malam tu kami ke Putrajaya. Boleh dijangka jalan akan sesak ke sini. Bila kereta kami melepasi jalan nak ke medan selera Laman Perdana yang terletak dekat je dengan pemetaan cahaya tu, penguatkuasa tutup jalan. Ni yang paling tak gemar ni. Nak ajak orang ramai tengok pemetaan cahaya tapi beberapa akses jalan ditutup pula. Bagi kami, sangat la beruntung sebab lepas tu dah tak sesak la arah kami lalu tu. Senang la dapat parking.
Masa jalan nak ke Putrajaya Steps ni, jalan gelap ajer. nak kena pasang pula lampu dari phone. Dah tiba kat tempat ni boleh dilihat tak ramai la orang berbanding 'Lights' di ambang tahun baru yang diadakan di Istana Kehakiman. Boleh nampak orang ada yang duduk bersila atas jalan. Tu lah sebab kereta tak boleh lalu jalan ni. Kena ikut jalan alternatif.
Ambik gambar dengan Dania. Hubby ada tapi phone saya ni entah macamana tak fokus kat hubby. Hehe.
Kali ni baru ada wajah kami bertiga tapi blur la sebab belakang kami ni terang.
Ambik kesempatan ambil gambar Dania masa formasi cahaya tu.
Pemetaan cahaya ni seiring dengan lagu yang dipasang.
Lagi warna-warna yang dipancarkan.
Meriah juga la pemetaan cahaya kat sini cuma persembahannya tak lama dan sekejap. Kemudian berhenti dan sambung lagi dengan persembahan yang sama.
Boleh pula berposing tengah jalan. Ye lah boleh la sebab jalan ni dah ditutup. Kami je sempat lalu jalan ni.
Saya dengan Dania berlatarbelakang Jabatan Perdana Menteri.
Tau tau dah tiba kedai mamak. Nak minum dulu kat sini. Nak tutup lagi 30 minit tapi boleh order lagi. Kalau kedai melayu selalu dah tak ambik order dah.
Lepas tu baru bertolak balik. Sempat pula minum air panas malam-malam ni. Masih ada je saya tengok yang siap order nasi lagi. Benda kecik-kecik ni pun boleh buat kami happy. Alhamdulilah.
XOXO,
Ezna